Ahli perniagaan muda, Datuk Seri Amril Aiman Abd Aziz menegaskan beliau hanya mahu memperbaiki mutu bola sepak Kelantan yang sudah tercalar dan berharap Bibi Ramjani memahami niat sebenar beliau.

Amril menegaskan beliau menawarkan diri untuk mengambil alih kerusi Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dari Bibi kerana mahu membantu persatuan itu menyelesaikan isu kewangan yang dihadapi ketika ini.

Amril Aiman Abdul Aziz
Sumber Gambar: Sinar Harian

“Niat utama saya ialah memperbaiki dan memulihkan semula Kelantan daripada segala masalah yang sedang berlaku ketika ini.

“Jadi saya harap Bibi Ramjani faham (hasrat menyelamatkan pasukan). Saya juga ingin tegaskan disini bahawa tiada sengketa antara kami,” kat­anya menurut laporan Utusan.

Baru-baru ini, Bibi Ramjani menggesa Amril untuk berjumpa dengan Timbalan Presiden KAFA, Datuk Seri Affandi Hamzah sekiranya berminat mengambil alih kerusi presiden badan induk itu.

bibi_ramjani

Amril memberitahu, beliau akan mengadakan pertemuan dalam masa terdekat dengan Affendi bagi membincangkan perkara tersebut.

“Saya harap proses peralihan kuasa ini berjalan dengan lancar bagi memastikan prestasi TRW dapat dipulihkan semula

“Namun begitu, harus diingat proses ini mungkin mengambil masa yang agak lama antara sebulan hingga ke dua bulan,” tambahnya.