Ahli perniagaan, Datuk Seri Amril Aiman Abd Aziz menegaskan beliau bertekad untuk menjatuhkan Bibi Ramjani Ilias Khan sekaligus merampas kerusi presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Sebelum ini, Amril dan Bibi Ramjani telah mengadakan perbincangan ’empat mata’ bagi membincangkan mengenai minat Amril yang mahu menerajui KAFA. Namun, ianya menemui jalan buntu dan ahli perniagaan muda ini mahu menggunakan undi tidak percaya oleh persatuan bolasepak jajahan (PBJ) dan memulakan gerak kerja mencari sokongan dalam kalangan ahli gabungan.

Amril Aiman Abdul Aziz
Sumber Gambar: Sinar Harian

“Bagi saya jika Bibi terus berdegil, teruskanlah sehingga puas hati melihat kerosakan pasukan Kelantan. Di pihak saya sepasukan, kami tidak akan duduk diam dan berpeluk tubuh.

“Usaha untuk mengambil alih KAFA tetap dilakukan melalui jalan lain selepas rundingan dengan beliau gagal. Pihak PBJ akan bersuara. Insya-Allah,” katanya menurut laporan Berita Harian.

bibi_ramjani

Tambah Amril, langkah berdolak-dalik Bibi ketika ini dilakukan kerana beliau untuk mendapatkan semula wang yang telah dikeluarkan sepanjang menerajui KAFA.

Sama ada layak atau tidak seseorang individu itu untuk menjadi presiden KAFA bukanlah persoalan yang mahu beliau ajukan. Tetapi badan tersebut yang sedang berada dalam keadaan tenat dimana masalah gaji daripada pasukan senior hingga skuad belia yang belum mampu diselesaikan membuatkan beliau mahu mengambil alih tampuk pemerintahan.