Bekas pemain tengah Johor Darul Ta’zim, Amirul Hadi Zainal kini menjadi sebahagian daripada staf kejurulatihan kelab pembangunan, Johor Darul Ta’zim II bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh kelab tersebut menerusi satu pengumuman di laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers pada semalam yang menunjukkan Hadi mula turun padang dalam sesi latihan rasmi.

AMIRUL HADI SERTAI BARISAN KEJURULATIHAN JDT II

“Bekas pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Amirul Hadi Zainal telah menyertai barisan kejurulatihan Rafael Gil Sanchez di JDT II, sekaligus meneruskan karier beliau di skuad Harimau Selatan selepas berkhidmat sebagai pemain dari 2014-2019.

“Amirul Hadi adalah pemain senior kedua kelab yang menjadi jurulatih selepas bekas kapten JDT II Shakir Saari menyertai barisan kejurulatihan pasukan senior minggu lalu,” kata JDT.

Amirul Hadi Zainal
Sumber Gambar: JST

Sejak menyarung jersi Johor Darul Ta’zim, Amirul Hadi Zainal telah memenangi pelbagai kejuaraan antaranya Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia serta trofi Piala AFC pada musim 2015 lalu.

JDT II kekal beraksi dalam saingan Liga Perdana musim hadapan dimana mereka bakal diperkuatkan oleh beberapa bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) seperti pemain pertahanan, Umar Hakeem Suhar Redzuan.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

Shakir Saari Sertai Barisan Kejurulatihan Johor Darul Ta’zim

Liga Juara-Juara Asia 2020: Luciano Figueroa Yakin JDT Mampu Pamer Prestasi Terbaik

Liga Juara-Juara Asia 2020: JDT Diundi Dalam Kumpulan G