Nama Amirizdwan Taj memang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat bola sepak tempatan selepas berjaya mencipta nama dalam arena bola sepak tempatan.

Namun tidak ramai yang tahu bagaimana kisah beliau bermula sebagai pemain UiTM FC sehingga berjaya dipanggil menyertai skuad kebangsaan Malaysia dibawah bimbingan Datuk K Rajagobal satu ketika dahulu.

Dalam satu perkongsian di laman Facebook peribadi, Amirizdwan Taj ‘membuka’ kisah bagaimana beliau mula bergiat dalam bola sepak apabila melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam pada tahun 2005.

“Kembali pada tahun 2005, ketika mula-mula menjejakkan kaku ke UiTM, alhamdulillah kerana minat dalam bidang sukan dapat juga masuk UiTM dalam jurusan sains sukan.”

“Bola sepak memang passion dari kecil, tapi tak pernah dapat pendedahan pasal bola sepak pun, just main suka-suka je.”

Wakil Kolej Perindu Dalam Sukan Kolej (SUKOL)

Menceritakan bagaimana semuanya bermula, Amirizdwan Taj menjelaskan bahawa pada ketika itu Kolej Perindu telah mengadakan satu pemilihan untuk Sukan Kolej (SUKOL).

“Ada 1 hari tu, Kolej Perindu buat pemilihan untuk SUKOL. So, saja-saja lah pergi trial dan fikir untuk main dengan kolej kediaman je.”

“Masa tu pasukan bola sepak SUKOL Kolej Perindu diuruskan oleh pelajar senior iaitu Amar. Kiranya dia yang manage dan scouting lah. Kemudian ada rezeki dapat mewakili Kolej Perindu, main striker okay, haha!”

Selepas habis SUKOL, Amirizdwan Taj menjelaskan bahawa beliau telah ‘disapa’ oleh jurulatih UiTM supaya turun training dengan team UiTM FC.

“Tetapi disebabkan segan dan rasa rendah diri nak join team yang memang power pada masa itu, tambahan senior yang ada dalam pasukan itu semuanya mantap, jadi tak berani pula.”

“Sehinggalah saya dicari oleh coach Amar tadi di kolej dan fakulti dan saya ingat lagi ayat dia.”

“Kau dah kenapa tak turun training dengan team lagi? Nak kena hampar karpet ke?!”

Apabila ‘disembur’ begitu, maka Amirizdwan Taj gagahkan diri turun untuk menyertai pasukan UiTM FC.

“So, disinilah bermula karier bola sepak saya.”

196367_10151662589229815_1605010301_n

“Selepas menyertai pasukan UiTM FC, dengan pengalaman dan tunjuk ajar daripada coach, senior dan rakan-rakan, pendakian ke peringkat lebih tinggi (batch bersilih ganti), sehinggalah dipanggil menyertai skuad kebangsaan dibawah kendalian coach Datuk K Rajagopal.”

“Pendek cerita, saya dapat kekalkan diri dalam skuad kebangsaan dan beraksi dengan beberapa di Malaysia dengan sedikit kejayaan, pahit manis bermula hingga akhir karier sebagai pemain bola sepak.”

Selepas 16 Tahun, Kembali Bertemu Coach Amar

Amirizdwan Taj mendedahkan selepas 16 tahun beliau akhirnya bertemu kembali dengan Coach Amar yang membuka ruang untuk beliau sehingga hari ini.

“Hari ini bermulalah karier saya sebagai seorang jurulatih. Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari dalam bidang kejurulatihan ini.”

142153397_432229374795150_2896584650110868787_o

“InsyaAllah kami cuba berikan yang terbaik kepada pelapis masa depan dengan sedikit pengalaman dan pengetahuan kami untuk lahirkan generasi yang lebih baik dan mantap. Doakan kami.”

Pada hujung bulan Januari lalu Akademi Mokhtar Dahari (AMD) secara rasmi mengumumkan ketibaan 5 orang pembantu jurulatih baharu iaitu Coach Amirizdwan Taj, Coach Norhafiz Zamani Misbah, Coach Syahid Zaidon, Coach Mohd Kuizwan dan Coach Khirul Nazrin.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.

Bekas Jurulatih Berkongsi Kisah Bagus Kahfi Dan Hamsa Lestaluhu Ketika Beraksi Untuk Frenz United

Lelaki Poland Ini ‘Exchange’ Jersi AS Roma Dengan Rakannya Untuk Miliki Jersi Selangor Musim 2013

PFAM: Keputusan FIFA Mengenai Kes Mohamadou Sumareh Bukti Kemenangan Perjuangan Pemain