Bekas pemain pertahanan Kelantan, Amiridzwan Taj Tajuddin menafikan beliau mengeluarkan kenyataan yang meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk tidak membenarkan skuad The Red Warriors beraksi dalam saingan Liga Malaysia.

Amiridzwan membuat penafian setelah salah sebuah akhbar tempatan melaporkan pemain pertahanan tinggi lampai itu berharap FAM tidak membenarkan Kelantan beraksi dalam saingan Liga Malaysia sebagai hukuman kerana sehingga saat ini mereka masih gagal untuk menjelaskan tunggakan gaji beliau.

Amiridzwan Taj
Amiridzwan Taj. Sumber Gambar: Football Tribe

Menerusi satu status di laman media sosial Facebook milik Amiridzwan, beliau menyatakan tidak pernah meminta untuk Kelantan tidak dibenarkan beraksi dan kenyataan yang dikeluarkannya merujuk kepada pesan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam yang mengingatkan pasukan agar menyelesaikan tunggakan gaji sebelum saingan Liga Malaysia musim hadapan bermula.

Facebook Amiridzwan

Sebelum ini, Stuart menggesa agar semua pasukan yang akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim hadapan untuk melengkapkan dokumen mengenai perlesenan kelab secepat mungkin.

“Jika mereka (pasukan) menghantar awal, FAM boleh memperbaiki lagi kelemahan dokumen itu, malah perbincangan bersama boleh dilakukan.

“Jika dokumen ditolak pada saat akhir menyebabkan kerugian pada pihak mereka, sekali gus kemungkinan tidak akan mendapat lesen daripada AFC,” kata Stuart.

Artikel lain berkaitan tunggakan gaji

Dua Bekas Pemain Import Tuntut Sarawak FA Jelaskan Tunggakan Gaji

Penaja Punca Pemain Melaka United Tidak Dibayar Gaji