Presiden Real Madrid, Florentino Perez mampu tergelak mendengar cadangan agar dia mengambil Cristiano Ronaldo pulang ke Real Madrid.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Idea mahu melihat Ronaldo pulang ke Real Madrid itu telah menjadi salah satu idea yang dibangkitkan peminat Real sendiri.

Ini selepas situasi tak menentu pemain itu di Manchester United. Di mana Ronaldo telah menghantar pemohonan agar kelab menjualnya jika ada tawaran yang bagus daripada kelab lain.

Ronaldo mahu bermain di pentas Liga Juara Juara Eropah. Banyak kelab dikaitkan dengan Ronaldo. Dengan ejennya, Jorge Mendes aktif mencari kelab baharu untuknya.

Mendes menawarkan Ronaldo kepada kelab seperti Bayern Munich, PSG, Barcelona dan Atletico Madrid. Ya anda tak salah baca, Barcelona dan Atletico Madrid pun ada.

Namun kesemua kelab itu tidak menerima cadangan itu. Laporta sendiri mengakui bahawa mereka ditawarkan Ronaldo. Namun kelab itu sudah memutuskan untuk membeli Robert Lewandowski.

PSG pula merasakan bahawa tiada keperluan mereka menambah Ronaldo ke dalam pasukan mereka kerana mereka sudah ada Lionel Messi dan Kylian Mbappe.

Mbappe merupakan teras projek sukan di PSG bermula musim ini.

Sementara Oliver Kahn menyatakan bahawa Bayern tak menerima idea Ronaldo itu kerana pemain itu dianggap tak sesuai dengan sistem mereka. Ditambah dengan isu gaji pemain itu terlalu tinggi.

Atletico turut menjadikan alasan gaji Ronaldo sebagai perkara yang tidak logik untuk mengaitkan pemain itu dengan mereka.

Mendes kemudian memberitahu bahawa Ronaldo sedia mengurangkan gajinya sekitar 30% jika ada kelab bermain di UCL berminat dengannya.

Ketika Ronaldo dikaitkan dengan Atletico, ramai yang merasakan bahawa Mendes cuba memancing Real Madrid. Sama seperti ketika dia menawarkan Cristiano Ronaldo ke Manchester City.

Perkara itu membuatkan United jadi ‘triggered’ dan tak rela membiarkan legenda kelab mereka bermain untuk seteru sebandar.

Namun situasi di Real Madrid, Perez tidak panik dengan perkara itu. Carlo Ancelotti turut tidak terfikir tentang idea Ronaldo pulang ke Real Madrid.

Erik ten Hag
Ronaldo

Florentino Perez enggan mengambil serius cadangan peminat yang mahukan kembalinya Cristiano Ronaldo pulang ke Real Madrid.

Peminat Real Madrid berbeza pendapat tentang Cristiano Ronaldo.

Di satu pihak, peminat merasakan urusan Real Madrid dengan Cristiano Ronaldo dianggap telah berakhir apabila superstar itu meninggalkan kelab itu pada 2018.

Sejak itu, Real Madrid telah mengalami pasang surut untuk membina semula pasukan selepas pemergian Ronaldo.

Bagaimanapun, segelintir peminat Real Madrid nampaknya tiada masalah sekiranya pemain yang digelar CR7 itu kembali semula ke Los Blancos.

Perez bertemu peminat Real Madrid ketika di Helsinki, Finland, ketika aksi final Piala Super Eropah.

Peminat yang kebetulan menginap di hotel yang sama dengan Perez tidak mensia-siakan peluang untuk bertanya tentang Ronaldo apabila mereka berselisih dengan presiden.

“Siapa? Ronaldo? [Beli dia sekali] Lagi? Dia berumur 38 tahun,” kata Perez yang merujuk kepada umur Ronaldo sudah terlalu tua untuk projek mereka.

Jawapan Perez mengesahkan bahawa Real Madrid telah menutup pintu kepulangan superstar itu.

Baca juga artikel:

Ronaldo Beritahu Manchester United: “Biarkanlah Saya Pergi”

Kajian Menunjukkan Ronaldo Atasi Maguire Jadi Pemain Paling Teruk Kena Toksik Di Media Sosial

Ronaldo Sedia Dikurangkan Gaji 30% Untuk Tinggalkan Old Trafford