Pemain muda negara, Amar Makruf mengetepikan soal gaji rendah yang diterimanya di kelab divisyen dua Sepanyol, AD Alcorcon dan mahu menimba pengalaman sebanyak mungkin beraksi di saingan bola sepak Eropah.

Dipetik dari laporan Harimau Malaya, Amar yang baru sahaja menandatangani kontrak profesional bersama Alcorcon menegaskan penting untuk dirinya fokus mendapatkan tempat dalam pasukan berbanding memikirkan soal gaji yang diterima.

“Saya pegang kata-kata ketua pasukan skuad kebangsaan Thailand, Chanathip Songkrasin yang sebelum ini menjelaskan rela terima gaji rendah asalkan dapat main di liga tertinggi.

“Jadi saya secara peribadinya akan ikut langkah Chanathip untuk tidak terlalu memikirkan soal gaji sebaliknya fikir untuk main di liga terbaik,” katanya.

Sebelum ini, Amar dan seorang lagi pemain, Anas Nadawi menyertai menyertai salah satu akademi bola sepak yang berpangkalan di Valencia iaitu The Next Generation Sports pada Disember 2020.

Setelah menampilkan prestasi cemerlang bersama akademi tersebut, Amar Makruf menyertai akademi Alcorcon pada April 2021 dan beliau kemudiannya diserapkan ke dalam skuad B-23 tahun yang beraksi dalam saingan Tercera División yang merupakan liga divisyen keempat dalam piramid bola sepak Sepanyol.

Alcorcon sendiri ketika ini sedang menghuni tangga tercorot dalam saingan Segunda Division dimana kelab itu mengutip 12 mata selepas mengharungi 24 perlawanan.

Ini merupakan peluang keemasan bagi Amar untuk menampilkan prestasi terbaik sekaligus mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan meraih pengalaman sebanyak mungkin dengan beraksi di salah satu liga terbaik di dunia.

Seorang lagi pemain muda negara, Sikh Izhan Nazrel juga sedang berkelana di Sepanyol dimana beliau ketika ini menjalani latihan bersama Fuenlabrada yang juga beraksi dalam saingan Segunda Division.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Man United Puas Hati Prestasi Rangnick, Pertimbang Untuk Lantikan Tetap

Amar Makruf Tandatangani Kontrak Profesional Bersama AD Alcorcon

Arsenal Mahu Isak Selepas Gagal Dapatkan Vlahovic, Real Madrid Kini Masuk Persaingan