Pemain muda negara kelahiran Dungun, Terengganu iaitu Amar Makruf menandatangani kontrak profesional bersama kelab yang beraksi dalam saingan divisyen kedua liga bola sepak Sepanyol iaitu AD Alcorcon.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Amar menerusi laman media sosial Instagram miliknya dimana Amar mendapat kontrak profesional selepas 8 bulan beraksi bersama skuad B-23 tahun kelab tersebut.

Sebelum ini, Amar dan seorang lagi pemain, Anas Nadawi menyertai menyertai salah satu akademi bola sepak yang berpangkalan di Valencia iaitu The Next Generation Sports pada Disember 2020.

Setelah menampilkan prestasi cemerlang bersama akademi tersebut, Amar Makruf menyertai akademi Alcorcon pada April 2021 dan beliau kemudiannya diserapkan ke dalam skuad B-23 tahun yang beraksi dalam saingan Tercera División yang merupakan liga divisyen keempat dalam piramid bola sepak Sepanyol.

Alcorcon sendiri ketika ini sedang menghuni tangga tercorot dalam saingan Segunda Division dimana kelab itu mengutip 12 mata selepas mengharungi 24 perlawanan.

Ini merupakan peluang keemasan bagi Amar untuk menampilkan prestasi terbaik sekaligus mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan meraih pengalaman sebanyak mungkin dengan beraksi di salah satu liga terbaik di dunia.

Seorang lagi pemain muda negara, Sikh Izhan Nazrel juga sedang berkelana di Sepanyol dimana beliau ketika ini menjalani latihan bersama Fuenlabrada yang juga beraksi dalam saingan Segunda Division.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

Mourinho: ‘Kalau Kami Mendahuli Sampai 5 Gol, Penonton Akan Tutup TV Pula’

FAM Beri Penjelasan Mengenai Situasi Jaami Qureshi

Walaupun Menang, Klopp Tetap Rasai Kehilangan Salah, Mane