Olympique Marseille memberikan sokongan kepada pemain pertahanan mereka, Alvaro Gonzalez, di mana dia sekeluarga menerima banyak ancaman bunuh selepas insiden panas dalam aksi PSG vs Marseille.

Neymar menuduh Alvaro Gonzalez sebagai rasis dalam insiden lewat perlawanan.

Neymar menyatakan kepada pegawai perlawanan bahawa Gonzalez memanggilnya monyet.

Neymar menerusi Twitter berkata: “Saya hanya menyesal kerana saya tidak menumbuk ass***e itu dekat muka.”

“VAR melihat ‘serangan’ saya dengan mudah. Sekarang saya ingin melihatnya imej, gambar rasis yang memanggil saya ‘monyet’ s*n of b*tch ‘ … itulah yang saya mahu lihat!”

“Dan kemudian? Saya melakukan rainbow flick, kamu menghukum saya. Kerana tamparan itu saya dibuang padang. Bagaimana dengan mereka? Lalu bagaimana? ”

Marseille tampil mempertahankan Alvaro Gonzalez daripada tuduhan bahawa dia berkelakuan rasis. PSG pula memberikan sokongan kepada Neymar.

Marseille dalam kenyataan mereka berkata: “Olympique de Marseille meraikan kemenangan ke atas Paris Saint-Germain. ”

“Kemenangan ini, yang diperoleh dengan cara yang adil, dimainkan di atas lapangan berkat komitmen dan dedikasi para pemain kami, yang dapat menerapkan strategi dan perancangan yang tepat.”

“Alvaro Gonzalez tidak bersikap rasis, seperti yang ditunjukkan oleh tingkah laku hariannya sejak bergabung dengan kelab kami, dan seperti yang telah disahkan oleh rakan sepasukannya.”

“Kelab ini tetap hormat kepada jawatankuasa disiplin dan sedia untuk bekerjasama sepenuhnya dalam penyiasatan semua kejadian yang berlaku dalam perlawanan, dan 24 jam berikutnya.”

“Kontroversi ini serius dan telah menimbulkan akibat yang serius. Kelab mengutuk penyebaran nombor telefon peribadi Alvaro Gonzalez dan ahli keluarganya di media dan rangkaian media sosial di Brazil semalam, sehingga menimbulkan gangguan berterusan – termasuk ancaman bunuh.”

“Olympique de Marseille adalah kelab simbol anti-rasisme dalam sukan profesional Perancis, memandangkan sejarahnya dan kota Marseille, yang berdiri teguh dengan meraikan kepelbagaian di dalam perjuangan tanpa henti melawan perkauman.”

“Pemain kelab menunjukkan ini dalam komitmen harian mereka di dalam dan di luar padang.

Gonzalez terlebih dahulu telah mengeluarkan pernyataan di Twitternya untuk mempertahankan dirinya.

Dia meminta Neymar untuk menerima kekalahan dengan terbuka.

“Tiad tempat untuk sikap perkauman. Karier saya bersih [daripada rasisme] bersama ramai kawan dan rakan sepasukan saya setiap hari.”

“Kadangkala kamu harus belajar menerima kekalahan dan menerimanya di atas padang.”

“3 mata yang hebat sekali hari ini. Allez I’OM, terima kasih keluargaku.”

Baca juga perkembangan lain

United Berkeras Minta €20 Juta, Smalling Mungkin Terpaksa Lupakan Roma

Highlight EPL: Gol Peluru Reece James, Havertz Hilang Bola 24 Kali Warnai Kemenangan Chelsea

Lampard Tembak Sikap Hipokrit Klopp Sindir Perbelanjaan Lebih £200 Juta Chelsea

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group