Bek kiri muda Bayern Munich, Alphonso Davies, mengungkap kisah sedihnya ketika tidak dapat jersi Lionel Messi dari perlawanan menentang Barcelona hujung minggu lalu.

Pada perlawanan itu, Bayern tampil unggul untuk mengalahkan Barcelona dengan skor berkelas 8-2.

Kemenangan ini juga membolehkan Die Roten memasuki separuh akhir Liga Juara-Juara 2019/20 dan kemudian mara ke final setelah menewaskan Lyon 3-0.

Davies berkongsi semula detik di mana beliau teruja berkongsi padang dengan idolanya.

Dan pada akhir perlawanan, beliau berusaha untuk mendapatkan jersi La Pulga. Namun Messi pula tidak memberikan jersinya.

Walaubagaimanapun, Davies menyatakan beliau memahami kenapa Messi menolaknya. Mungkin kerana Messi terlalu sedih selepas kekalahan yang memalukan itu.

Dan Davies bertekad akan cuba untuk meminta jersi idolanya itu pada hari dan kesempatan yang lain.

“Saya memintanya tetapi saya rasa dia sedikit kecewa pada masa itu. Tidak ada masalah, semoga lain kali saya berpeluang mendapatkannya,” kata Davies dalam temu bual dengan BT Sport.

Sebelum perlawanan Alphonso Davies menceritakan beliau bercakap dengan ayahnya di telefon. Di mana ayahnya tumpang gembira kerana anaknya bakal berkongsi padang dengan pemain idolanya Lionel Messi.

Dalam perlawanan tersebut juga Davies mempamerkan aksi luar biasa termasuk menggelecek beberapa pemain termasuk Lionel Messi – ketika melakukan assist cantik kepada Kimmich.

Baca juga perkembangan lain

Mertesacker: “Walaupun Thiago Pemain Hebat, Namun Sedialah Untuk Panaskan Bangku Simpanan Di Anfield”

Bayern Ke Final Lawan PSG, Gnabry-Lewandowski Pecah Rekod Bale-Ronaldo

Fernandes Jelaskan Insiden Dengan Lindelof, Kecewa Tak Menang Apa Apa Musim Ini