Qatar menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan CONCACAF Gold Cup edisi 2021 dimana mereka mara ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan El Salvador di peringkat suku akhir semalam.

Watak utama dalam prestasi cemerlang Qatar ialah penyerang mereka iaitu Almoez Ali dimana beliau ketika ini sedang menduduki carta penjaring terbanyak kejohanan dengan empat jaringan.

Sejak membantu Qatar memenangi Piala Asia 2019, Almoez Ali menjadi antara penyerang terbaik di rantau ini dimana beliau turut muncul penjaring terbanyak dengan perolehan 9 gol.

Selain itu, penyerang Al-Duhail ini turut menjaringkan gol dalam saingan Copa America dimana beliau membuat jaringan pada perlawanan menentang Paraguay.

Pemain berusia 24 tahun ini kemudiannya mencipta sejarah apabila mencipta jaringan dalam tiga kejohanan antarabangsa apabila merekodkan gol dalam saingan CONCACAF Gold Cup 2021.

Di peringkat separuh akhir, Qatar akan berdepan Amerika Syarikat yang menewaskan Jamaica dengan keputusan 1-0 pada peringkat suku akhir.

Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan Kanada menentang Mexico.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Perak FC Iklan Jawatan ‘Pemain Piala Presiden’ Melalui Portal Kerja Kosong, Gaji Sehingga RM1,999 Sebulan

Toby Alderweireld Tinggalkan Tottenham Hotspur, Sertai Al-Duhail SC

Qatar Cipta Sejarah Mara Ke Separuh Akhir CONCACAF Gold Cup 2021