Pengurus Juventus, Max Allegri memberikan penjelasan yang jujur walaupun pahit untuk diterima Bonucci.

Ramai yang menjangkakan Bonucci akan menjadi timbalan kapten selepas Chiellini. Di mana kedua dua pemain menjadi arkitek penting dalam kejayaan Itali di Euro yang lalu.

Kedua duanya dilihat memiliki kepimpinan luar biasa.

Leonardo Bonucci

Allegri dengan rasminya menamakan Chiellini sebagai kapten dan tidak pernah mempertimbangkan nama Leonardo Bonucci, walaupun untuk jawatan timbalan kapten sekalipun.

Hal ini kerana menurut Allegri, tindakan Bonucci menyertai AC Milan pada 2017 dengan cara kontroversi. Bonucci meminta dijual ke AC Milan yang ketika itu menerima pelaburan besar dari pemilikan syarikat China.

Milan membeli Bonucci dengan harga €42 juta. Namun tidak lama selepas itu Bonucci merengek mahu kembali semula ke Juventus.

Allegri yang dilantik semula menjadi pengurus Juventus menggantikan Andrea Pirlo. Beliau juga menyatakan bahawa, beliau menolak tawaran Real Madrid kerana cintanya kepada Juventus.

Bercakap tentang turutan kaptennya, Allegri menegaskan bahawa Dybala akan menjadi timbalan kapten. Pemain Argentina itu akan menjadi kapten jika Chiellini tidak dapat beraksi.

Allegri berkata: “Dari segi pengalaman, Paulo Dybala lebih layak menjadi kapten selepas Chiellini. Ini kerana sebelum ini Bonucci pernah meninggalkan kelab dan kembali semula.”

“Jadi, saya kira dia bermula semula dari bawah. Saya ada harapan yang tinggi kepada Dybala. Saya sudah bercakap dengannya dan dia sangat bersemangat.”

“Bonucci tinggalkan kami untuk satu musim, dia sendiri yang membuat keputusan itu. Jadi, jika dia mahukan lilitan kapten, dia boleh beli kat kedai tepi jalan dan memakainya ketika bermain di lorong. Leo faham apa yang saya maksudkan,” kata Allegri sambil berseloroh.

“Ketika kali terakhir saya menguruskan Juventus, Mario Mandzukic dan Sami Khedira memakai lilitan kapten kerana Leo berada di belakang mereka dari segi turutan.”

Allgeri sudah tak sabar untuk memulakan kempen musim baru dengan Juventus. Sejak menyertai Juventus dari Milan pada 2011, Max Allegri membantu Juve menang 5 kejuaran liga dan 4 Coppa Italia.

Beliau turut membantu Juventus mara ke final UCL sebanyak dua kali pada 2015 dan 2017.

Baca juga artikel

Aguero Jalani Rawatan ‘Stem Cell’ Pada Lututnya

Lukaku Bukan Untuk Dijual

Manchester United Bayar £35 Juta Untuk Varane, Medikal Minggu Hadapan