Pengarah Teknikal Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Alistair Edwards dalam satu kenyataan rasmi melalui laman sosial kelab menyatakan bahawa mereka akan meminjamkan pemain-pemain ke beberapa buah kelab dalam saingan Liga Super.

Menurut kenyataan itu, 4 buah kelab dalam saingan Liga Super Malaysia yang akan menjadi destinasi pemain-pemain itu nanti adalah Melaka United, Sri Pahang, Sabah dan juga UiTM.

Semua pemain-pemain itu akan mula dipinjamkan semasa jendela perpindahan pertengahan musim 2021 yang telah dibuka dari 3 sehingga 30 Mei 2021 serta pada jendela perpindahan musim 2022 nanti.

Tiada sebab spesifik dinyatakan berkenaan strategi terbaharu pasukan JDT berkaitan menghantar pemain-pemain mereka secara pinjaman ke beberapa pasukan lain, tetapi ia dilihat sebagai satu langkah untuk membolehkan pemain-pemain berkenaan mendapatkan peluang serta masa permainan dalam liga.

Selain itu, dijangkakan ruang yang ‘dikosongkan’ itu bakal diisi oleh samada pemain-pemain muda yang dinaikkan dari sistem mereka ataupun membawa masuk pemain-pemain baharu bagi mengukuhkan lagi skuad utama JDT.

Idealnya, sudah pastinya pemain-pemain yang dipinjamkan nanti akan mempamerkan aksi terbaik mereka bersama pasukan baharu seterusnya membolehkan pasukan menerima impak positif dalam masa yang sama.

Sama-sama kita tunggu senarai pemain yang akan dipinjamkan oleh JDT nanti.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Liga Amatur Divisyen 4 Thailand Ada 179 Kelab Bertanding Merebut 6 Slot Ke Saingan Thai League 3 Musim 2022

Kurniawan: “Amri Ini Walaupun Berusia 40 Tahun, Dia Sangat Efisien Dan Efektif Menggunakan Tenaga.”

“Beraksi Ditempat Lawan, Berikan 2 ‘Silly Goal’ Diawal Permainan Adalah Masalah Besar Kami.”