Perubahan terus berlaku dalam kem latihan pusat Fasa 1 skuad B-20 tahun negara apabila pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Alif Mutalib dipanggil bagi menyertai skuad kendalian Brad Maloney.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Alif dipanggil bagi menggantikan Muhammad Hazwan Hassan dari Skuad Projek FAM-MSN yang terpaksa digugurkan selepas disahkan kecederaan.

Alif Mutalib baru-baru ini beraksi bersama JDT II dalam saingan Liga Premier bertemu Terengganu II yang menyaksikan skuad bimbingan Rafael Gil berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2 hasil jaringan Rafiefikri Rosman, Fernando Rodriguez dan Kei Hirose.

Pemain berusia 19 tahun ini merupakan pemain kedua yang disenaraikan bagi menggantikan pemain sedia ada yang mengalami kecederaan dimana sebelum ini rakan sepasukan Alif, Chia Ruo Han dipanggil bagi menggantikan Ahmad Aysar Hadi ekoran kecederaan.

Seramai 27 pemain dipanggil oleh Brad Maloney bagi menyertai kem latihan pusat Fasa 1 secara kuarantin selama sembilan hari di Petaling Jaya, Selangor bermula dari semalam hingga 7 September ini.

Latihan tersebut diadakan sebagai persiapan awal menjelang saingan Kumpulan J Kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Laos, Mongolia dan juga Thailand di Ulaanbaatar, Mongolia dari 27 hingga 31 Oktober 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Tidak Dapat Kelulusan MKN, Piala Presiden Dan Piala Belia Sah Dibatalkan

Suara Peminat: Safiq Rahim Dan Safee Sali Tidak Lagi Relevan Bersama Skuad Kebangsaan

Chia Ruo Han Dipanggil Sertai Kem Latihan Pusat Fasa 1 Skuad B-20