Impian skuad Harimau Malaya untuk mengutip tiga mata penuh ke atas UAE dalam  kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tidak menjadi kenyataan apabila mereka tewas tipis 1-2 dalam perlawanan kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Dalam perlawanan ini, pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe mengekalkan kesebelasan yang sama ketika menentang Indonesia khamis lalu kecuali Hadin Azman yang digantikan dengan Mohamadou Sumareh.

Malaysia bermula dengan garang sebaik sahaja pengadil meniup wisel sepak mula. Tidak sampai satu minit, Stadium Nasional Bukit Jalil bergegar dengan sorakan ribuan penyokong apabila penyerang JDT, Syafiq Ahmad berjaya menanduk masuk untuk jaringan pertama negara hasil hantaran cantik daripada Matthew Davies.

69877984_2372771762819574_5468342955288821760_n

FOTO: FAM

Jaringan Syafiq itu telah memberi keyakinan kepada pemain negara untuk terus mengandakan asakan bagi mencari jaringan kedua. Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangat anak buah Lambertus Marwijk untuk terus mencari jaringan penyamaan apabila melakukan beberapa percubaan berbahaya melalui penyerang prolifik mereka, Ali Makhbout.

5 minit kemudian, Syafiq Ahmad hampir menjaringkan gol kedua untuk negara namun rembatannya tersasar. Malaysia turut memperolehi peluang keemasan pada minit 23 tetapi malangnya sepakan Norshahrul Idlan Talaha terlalu lemah.

Usaha UAE mencari jaringan penyamaan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan apabila Ali Makhbout menggunakan kelebihan fizikal untuk memenangi perebutan bola di udara lalu menanduk masuk menewaskan Farizal Marlias 3 minit sebelum tamat separuh masa pertama.

69741722_2372879569475460_759654443351277568_o

FOTO: FAM

Memasuki babak kedua, UAE bermula dengan garang dan kerap memberi ancaman kepada benteng pertahanan negara. Malah, kali ini Adam Nor Azlin dan Shahrul Saad terpaksa bekerja keras untuk mematahkan beberapa gerakan rangkaian serangan UAE.

Ketika skuad negara sedang ghairah melakukan serangan ke kubu UAE, benteng pertahanan Malaysia akhirnya dihukum melalui gerakan solo Ali Mabkhbout yang mudah menewaskan Farizal Marlias sekaligus mengecewakan ribuan penyokong tuan rumah yang hadir.

Baca kisah menarik berkaitan bola sepak Asia dalam artikel dibawah.

Jualan Tiket Perlawanan Indonesia Menentang Thailand Sendu

Mongolia Cipta Sejarah Baharu, Kejutkan Myanmar Di Kelayakan Piala Dunia 2022

Philippe Troussier Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Skuad Bawah 18 Tahun Vietnam

4 KOMEN
  • Afif

    Ada yg perlu diperbaiki lagi…tapi apa² pun player malaysia dah buat yg terbaik…try hard next time ayuh harimau malaya.

  • Ali

    Malaysia tread di saat akhir

  • Gol terpantas Malaysia dan Malaysia tewas di saat akhir sangat merugikan ataş kesilapan pertahanan, jika tidak Malaysia boleh menang atau seri. UAE jarang menyerang sekali menyerang terus gol. Tetapi UAE tidaklah sekuat mana cuma nasib tidak menyebelahi Malaysia.

  • zuraimi

    Aku respek kt team Malaysia,walau kalah tapi taktikal dan corak permainan memang terbaik..salute u tch

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group