Perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) menentang Indonesia menjadi satu detik yang istimewa untuk penyerang, Ali Mabkhout apabila pemain itu mencipta sejarah dengan menjadi penjaring terbanyak pasukan dengan 54 gol.

Ali mencipta hatrik pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Al-Maktoum semalam dimana UAE berjaya meraih kemenangan besar dengan keputusan 5-0. Ali membuka tirai jaringan pada minit ke-51 dimana penyerang Al-Jazira itu bijak menyempurnakan peluang dalam kawasan penalti Indonesia.

Ali Mabkhout
Ali Mabkhout

Selang 15 minit kemudian, Ali menggandakan jaringan apabila beliau menyempurnakan sepakan penalti dan pemain berusia 29 tahun itu menjaringkan gol ketiga peribadi pada minit ke-72.

Jumlah 54 gol yang dijaringkan oleh Ali Mabkhout berjaya mengatasi rekod yang dicipta oleh Adnan Al Tayani dimana pemain yang bersara daripada dunia bola sepak profesional pada 1997 itu telah menjaringkan 52 gol dalam 161 penampilan di pentas antarabangsa.

Ali Mabkhout
Ali Mabkhout

Namun, Ali tidak boleh menarik nafas lega terlebih dahulu apabila rakan sepasukan beliau, Ahmed Khalil berada tidak jauh dibelakang dengan catatan 51 jaringan. Kedua-dua pemain dilihat akan bersaing sengit sepanjang beraksi bersama pasukan kebangsaan bagi memastikan rekod penjaring terbanyak berada di dakapan.

Kemenangan UAE ke atas Indonesia membawa mereka ke puncak kumpulan G dengan kutipan enam mata selepas dua perlawanan diikuti pasukan Thailand serta Vietnam yang masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga dengan empat mata.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan UAE di sini:

Ali Mabkhout Musnahkan Impian Harimau Malaya Kutip Tiga Mata Penuh Di Halaman Sendiri

Bert van Marwijk: Stadium Cantik Tapi Padang Tidak Memuaskan