Ketua jurulatih Thailand B-23 tahun, Alexandre Polking menegaskan pasukan bimbingannya tidak takut untuk berdepan Indonesia atau Vietnam pada aksi separuh akhir temasya Sukan SEA 2021.

Thailand akan berdepan dengan Kemboja pada aksi terakhir peringkat kumpulan B hari ini dan mereka hanya memerlukan keputusan seri untuk melangkah ke peringkat separuh akhir.

Finalis dari temasya edisi lalu menanti Thailand namun perkara ini nyat tidak memberi sebarang kerisauan kepada Polking dan yakin skuad bimbingannya mampu untuk menewaskan mana-mana pasukan.

“Thailand tidak akan takut dengan pasukan manapun, termasuk Vietnam. Mereka bermain dengan baik, sama juga dengan Indonesia.

“Jika kami mahu memenangi pingat emas, kami harus mengalahkan semua lawan. Namun para pemain perlu meningkatkan banyak perkara jika mereka mahu meraih kejayaan,” kata Alexandre Polking.

Thailand memulakan saingan peringkat kumpulan B dengan langkah kiri apabila tewas kepada Malaysia dengan keputusan 2-1 dimana Azfar Fikri menjaringkan gol kemenangan dan skuad Gajah Perang menamatkan aksi dengan 10 pemain.

Thailand kemudiannya bangkit pada dua perlawanan seterusnya dimana mereka berjaya menewaskan Singapura dan Kemboja sekaligus menduduki tangga kedua di belakang Malaysia.

Kali terakhir Thailand memenangi pingat emas acara bola sepak ialah pada edisi 2017 yang ketika itu diadakan di Kuala Lumpur dimana mereka menewaskan Malaysia di perlawanan akhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Sukan SEA 2021: Brad Maloney Mahu Malaysia Juara Kumpulan

Sukan SEA 2021: Tandukan Faiz Amer Selamatkan Malaysia Daripada Alami Kekalahan Kepada Singapura

Sabah Pasukan Pertama Tempah Tiket Ke Suku Akhir Piala FA 2022