Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Alexandre Gama meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Muangthong United selepas pasukan itu mengalami kekalahan kali keempat dalam saingan Thai League 1 musim ini.

Muangthong tewas kepada Trat FC dengan keputusan 1-0, menyebabkan juara edisi 2016 itu bergelut di kelompok pertengahan liga dimana mereka ketika ini menduduki tangga ke-11.

Muangthong bergelut untuk menampilkan prestasi terbaik musim ini selepas kehilangan majoriti daripada pemain yang membarisi kesebelasan utama musim lalu.

Heberty Fernandes yang merupakan penyerang import terbaik yang pernah dimiliki oleh pasukan dipinjamkan ke Port FC manakala bekas ketua pasukan, Sarach Yooyen dijual ke BG Pathum United.

Seorang lagi bekas ketua pasukan, Teerasil Dangda pula dilepaskan bagi menyertai kelab J. League, Shimizu S-Pulse, yang menyaksikan pemain berusia 31 tahun itu bergelut untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

Kontrak Alexandre Gama tamat pada November ini namun beliau memutuskan untuk meletak jawatan selepas perlawanan menentang Trat. Ramai pihak melihat Gama mengambil keputusan ini selepas tidak mendapat sokongan dari pihak kelab bagi mendapatkan pemain baharu.

Baca artikel lain mengenai saingan Thai League 1 di sini:

BG Pathum United Tunggu Kata Putus Dari Teerasil Dangda

Media Thailand Ini Dedahkan Diogo Luis Santo Capai Persetujuan Sertai Kelab BG Pathum United

Port FC Mahu Dapatkan Khidmat Kawin Thamsatchanan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group