Ketua jurulatih kelab SCG Muangthong United, Alexandre Gama mengakui kualiti yang ada pada pemain pertahanan kiri skuad kebangsaan Thailand adalah sama dengan kualiti yang dimiliki oleh penyerang JDT, Diogo Luis Santo.

Ketiga-tiga mereka pernah berada dalam satu pasukan suatu ketika dahulu bersama Buriram United, dan telah berjaya mencipta satu prestasi yang memukau bukan sahaja di Thailand tetapi juga dipentas AFC Champions League.

Alexandre Gama menyatakan perkara itu selepas memberikan reaksi kepada sebuah video yang dimuatnaik oleh bekas penyerang SCG Muangthong United, Mario Gjurovski dimana beliau memilih Theerathon Bunmathan sebagai pemain pertahanan kiri terbaik yang pernah dimiliki Thailand.

“Theerathon adalah seorang pemai yang mampu melakukan sesuatu dari belakang. Pergerakan, survival dan tekanan mampu dikawal dengan sempurna oleh beliau. ”

AK9

“Dia juga sentiasa muncul sebagai antara watak penting dalam perlawanan termasuk memiliki sepakan bebas yang begitu tajam.”

“Secara peribadi, Theerathon memiliki kualiti yang sama seperti Diogo dan pemain terbaik Thailand. Dia sentiasa berusaha untuk memajukan diri menjadi pemain ditahap lebih tinggi. ”

Alexandre Gama sebelum ini membimbing skuad Buriram United selama 2 musim dari 2014 hingga 2016, dimana Diogo muncul sebagai penjaring terbanyak kelab itu pada musim 2015 dan 2016 serta Theerathon yang sudah menyertai kelab yang sama sejak dari tahun 2009.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.

Pengarah Teknikal VFF Tidak Setuju Sambung Kontrak, Vietnam Hilang ‘Perancang’ Utama Generasi Emas

Kembar Kacukan Malaysia-Australia Kini Beraksi Dengan Skuad Remaja FC Den Bosch, Kelab Liga Divisyen 2 Belanda

Media Vietnam Mula Terbayang Aksi Bertemu Malaysia Yang Dibarisi 8 Pemain Kacukan Dan Naturalisasi

Sumber