Bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold tampil memberikan sokongan padu serta mempercayai kemampuan hebat rakan sepasukannya yang baharu menyertai kelab tersebut, Darwin Nunez.

Kualiti penyerang dengan tanda harga £85 juta yang sekali gus menjadikannya sebagai pemain termahal buat Liverpool itu sudah mula dipersoalkan meskipun saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) masih belum bermula.

Hal ini kerana aksinya tidak seperti diharapkan pada perlawanan persahabatan bertemu Manchester United dan Crystal Palace tempoh hari dilihat menjadi bahan ketawa penyokong pasukan lawan.

Ketika bertemu Manchester United di Bangkok, Darwin Nunez dibawa masuk pada minit ke-62 manakala aksi berdepan pula beliau menggantikan Roberto Firmino sebelum sepak mula babak kedua.

Bagaimanapun, Alexander-Arnold melihat rakan sepasukannya dari Uruguay itu akan menyesuaikan diri dengan baik untuk membuktikan kemampuan hebat mampu dijelmakannya.

Kredit Foto: Liverpool

“Masih terlalu awal, tidak sampai seminggu kami bersamanya dalam pasukan ini,” ujar Alexander-Arnold menurut laporan dikeluarkan This Is Anfield.

“Dia masih belajar cara bagaimana kami bermain, kami juga sedang cuba untuk memahami cara dia beraksi dan tidak lama lagi kami akan mendapatkan persefahaman tersebut.”

“Saya yakin kami mampu untuk melorongkan bola dengan baik kepadanya untuk menjaringkan gol. Anda boleh melihat bagaimanapun dia mahukan jaringan pertama, tetapi saya pasti apabila dia berjaya mendapatkannya, ia akan menjadi seperti bas di London.”

Metafora mengenai bas di London itu adalah perumpamaan diberikan pemain skuad kebangsaan England tersebut mengenai situasi yang sering berlaku di sana kerana bas seringkali tiba lewat daripada jadual asal. Bagaimanapun apabila tiba, terdapat dua atau tiga bas sekali gus datang selepas menanti beberapa jam.

“Kami akan sentiasa menyokongnya. Jelas sekali pada hari ini, kami bermain dengannya. Anda akan tahu untuk memulakan pergerakan pemain nombor 9 yang dia ada, larian yang dilakukannya dan di mana di mahukan bola berada.”

“Ia adalah berkaitan dengan cara untuk mencari persefahaman itu dan semuanya akan baik sahaja buat kami tidak lama lagi,” tambah Alexander-Arnold lagi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.

RASMI: Kalidou Koulibaly Perkasakan Jentera Pertahanan Chelsea

Kedah Terasa Bahang Kemarau Kemenangan Dalam Liga Super

Hanya 4 Negara Hantar Permohonan Rasmi Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023