Apabila bercerita tentang bek sisi, mereka bukan lagi pemain yang hanya bertahan seperti mana zaman Gary Neville.

Pada hari ini pengurus pasukan mahukan bek sisi yang lebih daripada sekadar bertahan.

Oleh sebab itu Man United mulai mengalihkan perhatian mereka ke arah bek sisi Porto iaitu Alex Telles.

United sudah berminggu minggu dikaitkan dengan nama Telles. Namun kali ini mereka dilaporkan sudah memulakan rundingan.

Fabrizio Romano melaporkan Man United sedang berunding dengan ejen pemain tersebut.

Porto hanya akan melepaskan Alex Telles dengan nilai €20 juta. Namun Ed Woodward harus sedar bahawa PSG juga turut mengintai khidmat pemain ini.

Sebelum ini Man United gagal mendapatkan Sergio Reguilon.

Alex Telles si bek sisi moden

Alex Telles merupakan bek sisi berasal dari Brazil. Beliau dianggap modern fullback yang serba lengkap seperti Dani Alves.

Pemain yang boleh bermain di kesemua posisi sisi termasuk bek sisi, bek sayap dan pemain sayap.

Beliau merekodkan 25 sumbangan gol musim lepas untuk Porto dengan 13 gol dan 12 assist.

Itu yang menjadikan nama beliau terus hangat di pasaran perpindahan.

Rekod assist beliau sangat luar biasa dalam 4 musim terakhir di Portugal.

Membuktikan bahawa beliau sangat kreatif, terutama sekali sebagai seorang pemain pertahanan.

Man United sudah mendapatkan bek kanan yang stabil sebagai pemain utama iaitu Wan Bissaka. Kini mereka menumpukan untuk bek kiri, lebih kepada ‘upgrade’ untuk Luke Shaw.

Shaw seringkali menuai kritikan kerana prestasi tak menentu.

Terpulang kepada United

Porto memiliki rekod perhubungan yang baik dengan United dalam perpindahan.

Alex Telles juga dikatakan sangat inginkan perpindahan ke EPL menyertai United dan berharap rundingan ini akan mencapai kata putus pada minggu ini.

Jadi kini terserah kepada United, yang diketuai Ed Woodward untuk memastikan rundingan ini berjaya.

Baca juga perkembangan lain

Neville: Lindelof Lembik Dan Bikin Malu United

Serie A: Debut Cemerlang Pirlo, Cristiano Ronaldo Terus Meledak

FPL: Hampir Setengah Juta Jual Son, Dan Lebih Setengah Juta Beli Bruno Fernandes Untuk GW2