Bintang bola sepak wanita yang terkenal iait Alex Morgan, menyertai perdebatan; siapa lebih bagus, Lionel Messi ataupun Cristiano Ronaldo.

Alex Morgan telah memilih kapten Argentina dan Barcelona, Lionel Messi sebagai yang terbaik pernah disaksikannya.

Bintang bola sepak dari Amerika Syarikat berusia 30 tahun, merupakan antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak wanita. Membantu negaranya menjulang beberapa kejuaraan dunia.

Morgan juga pernah berada di samping pemain idolanya Lionel Messi pada muka depan permainan FIFA 16.

Alex Morgan berkata kepada AS: “Saya harus mengatakan bahawa ianya Messi,” kata kapten bersama AS itu.

“Cristiano Ronaldo adalah pemain terbaik di dunia. Namun Messi berada satu tahap lebih tinggi daripada mana mana pemain yang saya pernah saksikan.”

https://twitter.com/fcbfn10/status/1272715926085877760

“Beliau sememangnya lebih bagus [berbanding Ronaldo]. Beliau mempunyai tahap permainan yang lebih tinggi berbanding pemain lain yang saya saksikan ketika beraksi.”

“Dan beliau sememangnya mempunyai kualiti permainan tersendiri.”

Sebagai rekod Messi dan Ronaldo secara terkumpul sudah memenangi 11 Ballon d’Or. 6 daripadanya milik Messi dan 5 lagi milik Ronaldo.

Menjadikan mereka pemain dalam senarai paling banyak memenangi Ballon d’Or.

Kedua duanya memiliki rekod gol yang luar biasa untuk kelab dan negara mereka.

Dan kini kedua dua pemain masing masing dalam landasan tepat untuk membantu kelab mereka mempertahankan kejuaraan liga.

Dalam pada masa yang sama sedang berusaha untuk membantu kelab masing masing menamatkan penantian kejuaraan Liga Juara Juara Eropah.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

Real Madrid Atasi Eibar Dan Terus Kejar Barca

Kubo Memang Bagus & Pitch Invader Antara Perkara Daripada Kemenganan Barca

Kelab EPL Tanggung Kerugian RM5.39 Billion Kerana COVID-19