Sir Alex Ferguson dilaporkan menjadi individu yang pertama melobi kelab untuk melantik Mauricio Pochettino menjadi pengurus baharu kelab.

Manchester United memburu pengurus baharu selepas pemecatan Ole Gunnar Solskjaer, sebaik sahaja kekalahan 4-1 di tangan Watford.

Ole

United mencari pengurus untuk kapasiti interim bagi baki musim ini. Dan akan melantik pengurus tetap bermula musim hadapan.

Beberapa nama dikaitkan dengan Man United. Termasuk Zinedine Zidane. Namun pengurus itu dilihat kurang berminat untuk datang ke Old Trafford.

Nama Mauricio Pochettino kembali dikaitkan dengan Manchester United. Dan kali ini Sir Alex Ferguson sendiri yang mencadangkan nama pengurus PSG tersebut.

Pochettino sebelum ini meninggalkan Tottenham Hotspur pada 2019. Kini dikatakan terbuka untuk mempertimbangkan peluang keluar dari PSG.

Pochettino dilaporkan tidak begitu gembira dengan ego yang terlalu tinggi di kalangan pemain pemain mega bintang PSG.

PSG juga dikatakan sudah bersedia untuk kehilangan Pochettino dan mahu melantik Zidane menjadi pengurus baharu mereka.

Pochettino berpeluang besar menamatkan musim ini dengan kejuaraan Ligue 1. Dan dilihat berpeluang lebih cerah untuk memenangi UCL bersama PSG berbanding dengan United.

Tetapi Pochettino sanggup kehilangan semua itu. Dia mahu kembali ke England, di mana keluarganya masih tinggal di London, menyewa di hotel.

Jika United benar benar serius dengan Pochettino, pengurus itu mahukan jawatan tetap segera musim ini. Dan bukannya interim.

Manchester United ketika ini dikendalikan oleh Michael Carrick buat sementara waktu.

Sir Alex Ferguson merupakan salah seorang penasihat penting dalam kalangan lembaga pengarah Manchester United.

Ini bukan pertama kali Sir Alex Ferguson mencalonkan nama pengurus Man United. Sebelum ini beliau mencalonkan David Moyes sebagai penggantinya selepas beliau bersara.

Baca juga artikel

Drogba Mahu Menangis Mengenangkan Salah Bakal Pecah Semua Rekodnya

Ten Hag Tak Minat Bercakap Soal Manchester United

Dikaitkan Dengan Manchester United, Luis Enrique Tanya: “Hari Ini April Fool Ke?”