Kejohanan Piala Dunia 2018 sudah masuk ke peringkat pusingan kalah mati 16 pasukan dan sudah 4 perlawanan diadakan – Perancis bertemu Argentina, Uruguay bertemu Portugal, Russia (Aleksandr Yerokhin) bertemu Sepanyol dan Croatia bertemu Denmark.

Dari 4 perlawanan pertama peringkat kalah mati itu, 2 daripadanya terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat seri selepas tamat 90 minit permainan.

Peraturan Penggunaan Pemain Simpanan Ke 4 Dipusingan Kalah Mati

Mungkin ramai yang tidak menyedari mengenai peraturan ini, dimana sesebuah pasukan boleh menggunakan pemain simpanan ke 4.

Pasukan-pasukan yang layak ke pusingan kalah mati, dibenarkan untuk menggunakan pemain simpanan ke 4 jika perlawanan perlu dilangsungkan dalam masa tambahan 30 minit sahaja.

Aleksandr Yerokhin

Sepanjang 90 minit masa penuh perlawanan, setiap pasukan hanya boleh melakukan 3 kali pertukaran pemain. Hanya ketika waktu tambahan (15 + 15) minit, pemain simpanan ke 4 boleh dimasukkan.

Idea kepada pertukaran pemain ke 4 dalam masa tambahan ini adalah untuk meredakan keletihan yang dialami oleh sesebuah pasukan dan menambahkan ‘excitement‘ dalam 30 minit terakhir itu.

Bila Peraturan Pemain Simpanan Ke 4 Ini Dimulakan?

FIFA telah meluluskan penggunaan pemain simpanan ke 4 dalam Piala Dunia 2018 ini pada bulan Mac yang lalu.

Bagaimanapun, telah ada kejohanan-kejohanan yang lain yang sudah menggunakan peraturan ini dalam perlawanan yang diadakan.

IFAB telah melakukan ujian keatas penggunaan pemain simpanan ke 4 ini dan bersetuju ia boleh diaplikasikan dalam kejohanan domestik.

rodrigo moreno

‘The FA Cup’ telah mengaplikasikan penggunaan pemain simpanan ke 4 ini sejak bermulanya musim 2016/17 lagi.

Manakala UEFA pula sudah meluluskan penggunaan pemain simpanan ke 4 ini dalam masa tambahan Champions League dan Europa League mulai musim 2018/19.

Pemain Simpanan Ke 4 Di Piala Dunia Russia 2018

Dalam perlawanan diantara Russia bertemu Sepanyol semalam, ada 2 pertukaran dalam masa tambahan 30 minit dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Aleksandr Yerokhin masuk menggantikan Daler Kuzyayev pada minit ke 97 dan Rodrigo Moreno masuk menggantikan Marco Asensio pada minit ke 104 perlawanan.

Aleksandr Yerokhin juga muncul sebagai pemain pertama yang masuk sebagai pemain simpanan ke 4 dalam sejarah bola sepak di pentas Piala Dunia.

Perlawanan kedua diantara Croatia dan Denmark juga terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti selepas tamat 120 minit permainan.

Denmark mengeluarkan Martin Braithwaite dan memasukkan Pione Sisto pada minit ke 106 dan Croatia juga telah menggunakan Milan Baldej yang masuk menggantikan Mario Mandzukic pada minit ke 108 perlawanan.