Sergio Aguero telah membuat kenyataan agak savage kepada Pep Guardiola ketika ditanya kenapa dia masih tak terfikir untuk menjadi jurulatih kerana takut botak.

Aguero pernah ditanya dengan soalan biasa ditanya kepada bekas pemain, adakah dia berminat untuk menjadi jurulatih?

Menurut Aguero, buat masa ini dia masih belum terfikir untuk menjadi jurulatih. Dia lebih selesa menikmati persaraannya dengan berhubung dengan peminat menerusi media sosial.

Baru baru ini Aguero menyertai pasukan Argentina sebagai pegawai khas. Dan dia kelihatan benar benar meraikan kejayaan Argentina selepas negara itu menjuarai Piala Dunia 2022.

Pemain Argentina itu terpaksa menggantung but pada 2021 secara tiba-tiba berikutan ketibaannya di Barcelona kerana masalah kesihatan.

Ianya menyaksikan dia hanya membuat lima penampilan untuk Los Cules. Insiden itu berlaku selepas 10 tahun karier cemerlang di Etihad, di mana dia menjaringkan 260 gol dalam 390 penampilan.

Rekod Aguero membuatkan dia digelar antara penyerang terbaik sepanjang zaman dari Argentina yang pernah bermain di England atau Eropah.

Tetapi apabila bercakap mengenai kejurulatihan, Aguero tidak bercadang untuk terjun ke dalam arena tersebur dalam masa terdekat – dan menunjuk ke arah kepala botak Guardiola sebagai alasan.

“Bukan mudah untuk menjadi jurulatih… Tengok Pep, dia botak kerana terlalu banyak berfikir,” katanya.

Walaupun kenyataan itu mungkin kelihatan agak kasar, namun kedua-duanya mempunyai hubungan yang baik selepas memenangi empat kejuaraan Liga Perdana dalam tempoh lima tahun bersama di Etihad.

Aguero juga meledak 124 gol dalam 182 perlawanan di bawah kendaliannya – hampir dua dalam setiap tiga perlawanan. Menjadikan Guardiola sebagai pengurus yang menjadikan Aguero paling prolifik berbanding pengurus lain.

Guardiola pernah beberapa kali mengkritik Aguero termasuk pernah menghalangnya berlatih kerana lebih berat badan. Namun kedua duanya tetap kekal profesional.

Aguero menerima ketika Guardiola menyisihkannya kerana gemuk.

Aguero berkata: “Tetapi ia boleh berlaku [gagal menahan nafsu makan]! Anda terjumpa sedikit ayam contohnya kemudian anda akan menjadi lebih 50 gram!’

“Nah musim pertama kami berada di antara kedudukan keempat dan ketiga dan dia dia berkata: ‘ Saya terpaksa meninggalkan kamu kerana kamu ada menjadi semakin gemuk minggu ini’.”

“Dan apa yang akan saya katakan tentangnya? Dia betul… perkara ini berlaku. Dia berkata dengan cara yang baik. Dan pada masa ini saya tidak begitu yakin dengannya. Tetapi saya sentiasa menghormati jurulatih…”

Baru baru ini, Aguerio turut bercakap soal keraian Piala Dunia, di mana Aguero dilihat kuat minum minuman keras dan merokok, dia mendedahkan Lionel Messi menegurnya dan memintanya berhenti minum arak. Malangnya menurut Aguero, dia tidak mendengar nasihat rakannya itu.