Semalam Presiden Bayern, Herbert Hainer mengumumkan bahawa mereka akhirnya tidak akan menawarkan sebarang kontrak lagi kepada Alaba.

Ini selepas beberapa tawaran sebelum ini gagal mencapai kesepakatan sebelum 31 Oktober.

Hainer juga menegaskan keputusan muktamad dibuat awal untuk membolehkan mereka terus mencari penggantik Alaba musim hadapan. Kerana posisi itu menurut Hainer sangat penting.

Alaba kemudian memberikan komen kepada Sky: “Saya mengharapkan kelab menghormati dan menghargaai saya – itu yang saya cari.”

“Di mana ketika perbincangan kontrak mulai berlaku, ianya tidak menuju ke arah yang tepat.”

“Itu berlaku setahun yang lalu, ketika ini korona masih jauh daripada kita.”

Alaba kecewa mahu ditukar dengan Sane

“Perbincangan terus berlaku, dan selepas rundingan kedua dan ketiga, saya mendapat satu panggilan yang memberikan saya bayangan bahawa saya akan ditukar ganti.”

“Pada masa itu saya berkata, itu adalah satu tamparan yang hebat pada pipi seseorang.”

Apa yang Alaba maksudkan tentang perkara itu?

Pada akhir Mac lalu, BILD melaporkan Manchester City mahu memasukkan nama Alaba dalam perjanjian mendapatkan Leroy Sane.

Namun ianya gagal berlaku dan Bayern akhirnya membeli Sane tanpa melibatkan Alaba.

Segalanya gagal berlaku kerana Alaba masa itu tidak mahu ke England. Ejennya, Pini Zahavi menegaskan, kliennya itu pada masa itu mahu ke Sepanyol.

Selepas itu Alaba menjadi pemain penting Hansi Flick. Dan Bayern berusaha untuk melanjutkan kontrak pemain itu.

Hainer membuatkan rundingan gagal

Kehadiran Herbert Hainer dalam rundingan itu dikatakan menjadi punca kepada kegagalan rundingan.

Alaba berkata: “Saya mendapat tahu berita ini semalam. Sudah tentu ini adalah keadaan yang terpencil dan masih belum dapat dilihat bagaimana situasinya dari sini.”

“Dalam masa yang singkat saya tidak dapat memikirkan apa yang perlu dilakukan seterusnya. Tengoklah apa akan jadi nanti.”

Ramai penyokong marah

Ditanya tentang kemarahan segelintir penyokong yang menuduh Alaba dan ejennya sebagai mata duitan. Alaba berkata

“Saya sangat faham kemarahan penyokong dari sudut pandangan orang luar dan penyokong. Saya sangat fahaminya.”

“Namun saya ada perspektif yang berbeza secara keseluruhannya.”

“Selepas temuramah [dengan BILD] itu dulu, saya berkata, dalam seminggu adalah mustahil untuk saya membuat keputusan. Dan semalam saya akhirnya tahu bagaimana memberikan respon tentang perkara ini.”

Alaba kecewa dengan tindakan presiden Bayern yang mendedahkan kepada umum tentang beberapa topik perbincangan mereka.

“Saya telah berulang kali menekankan bahawa saya sangat suka jika perkara dalaman akan kekal bersifat dalaman.”

“Untuk menggambarkan diri saya di sedemikian di khalayak seperti dalam beberapa bulan terakhir – maka saya faham kenapa peminat bertindak balas sebegitu dari perspektif mereka.”

“Saya dapat memberi jaminan bahawa jumlah yang dinyatakan adalah tidak benar.”

“Saya kecewa dan terluka dalam beberapa perkara, dan saya tidak pernah meminta jumlah seperti yang didedahkan di media ketika ini.”

Flick tetap percayakan Alaba

Sementara itu pengurus Bayern, Hansi Flick berharap Alaba akan fokus kepada aksi berdepan dengan Salzburg.

Flick berkata:

“Sejujurnya: Saya gembira kerana kita harus menyelesaikan topik ini dalam seminggu di mana kita mempunyai dua perlawanan yang sangat sukar di Salzburg dan Dortmund.”

“Saya akan sangat gembira jika David kekal bersama FC Bayern untuk musim ini. Dia pemain berkualiti – tanpa keraguan – dan orang yang sangat hebat.”

david alaba

“Oleh sebab itu beliau sangat penting bagi pasukan, di dalam dan di luar padang. ”

“Dia terkenal di kalangan peminat, dan juga di kelab. Itulah sebabnya saya akan gembira sekiranya dia terus kekal di sini.

“Sejujurnya: Saya gembira kerana kita harus mengatasi topik ini dalam seminggu di mana kita mempunyai dua perlawanan yang sangat sukar di Salzburg dan Dortmund.”

Dan lebih jauh lagi: “Saya akan sangat gembira jika David kekal bersama FC Bayern untuk musim ini. Dia pemain top mutlak dan orang yang sangat hebat. Kerana sangat penting bagi pasukan, di dalam dan di luar padang. Dia terkenal dengan peminat, tetapi juga di kelab. Itulah sebabnya saya akan gembira sekiranya dia tinggal. ”

Mungkinkah penampilannya merosot sekarang? Flick: “Saya yakin bahawa, seperti dalam permainan sebelumnya, dia akan memberikan prestasi terbaik. Saya yakin 100 peratus akan perkara itu.”

Flick kemudian memberikan jaminan, situasi semasa Alaba tidak akan mengganggu kedudukannya dalam pasukan beliau.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Bayern Munich Tamatkan Rundingan Dengan Alaba

Solskjaer Ulangi Rekod Moyes Pada Penampilan Ke-100, Arsenal Akhiri Badi Yang Lama

Setien: “Messi Sukar Dikawal, Dia Buat Apa Dia Suka”