David Alaba dilaporkan menjadi salah seorang sasaran Thomas Tuchel untuk perpindahan musim hadapan. Yang pasti bukan sahaja Chelsea yang mahukan pemain tersebut. Kelab lain seperti Real Madrid juga mahukan beliau.

Beberapa bulan lalu, Karl Heinz Rummenige mengesahkan bahawa pemain tersebut 99% akan meninggalkan Bayern selepas kontraknya berakhir pada akhir musim ini.

Oleh itu David Alaba akan menjadi ejen bebas untuk perpindahan percuma.

Terdapat juga sedikit konflik dalam rundingan kontrak antara Alaba dengan Bayern. Di mana Bayern menuduh Alaba meminta gaji terlalu tinggi.

Alaba menafikannya dan menegaskan bahawa beliau agak kecewa kerana Bayern membuat kenyataan kepada umum sedangkan beliau masih mahu berunding.

Konflik tersebut menamatkan rundingan di antara kedua dua pihak.

Chelsea, yang baru diambil alih oleh Thomas Tuchel kini menjadi salah sebuah calon utama untuk mendapatkan tandatangan Alaba.

Telegraph Jerman melaporkan peman itu meminta kontrak sehingga £20 juta semusim. Ataupun, dalam £400k seminggu daripada kelab yang berpangkalan di Stamford Bridge itu.

Itu akan menjadikan Alaba sebagai pemain dengan gaji tertinggi dalam pasukan Chelsea dan sejarah kelab tersebut.

Laporan yang sama menyebut, Chelsea menganggap nilai itu terlalu tinggi. Dan ianya boleh memberikan kesan kepada struktur gaji pemain di dalam pasukan mereka untuk jangka panjang.

Dan Alaba perlu menerima angka yang jauh lebih kecil daripada yang diminta jika mahu menyertai Chelsea.

Chelsea kini dalam proses mahu melanjutkan lagi kontrak Thiago Silva yang menunjukkan prestasi cemerlang sejak menyertai The Blues.

Real Madrid masih berminat dengan David Alaba. Ini kerana Madrid kemungkinan besar akan melepaskan Sergio Ramos yang kontraknya habis pada Jun 2021.

Alaba dilihat mampu menjadi pengganti Sergio Ramos. Di mana pemain tersebut boleh bermain di posisi bek tengah.

Real Madrid juga berdepan kesulitan memenuhi permintaan lebih £400k seminggu yang diminta Alaba ketika ini. Hal ini kerana kelab tersebut menanggung beban hutang yang tinggi daripada renovasi stadium mereka.

Selain daripada itu, impak daripada pandemik juga membuatkan Real Madrid perlu cermat dalam berbelanja. Selain itu Real Madrid masih menanggung gaji pemain yang sangat besar daripada pemain seperti Eden Hazard dan Gareth Bale.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Rekod Luar Biasa Penalti Jorginho Teruskan Kecemerlangan Chelsea Era Tuchel

Serie A: Ibrahimovic Bantu Lonjak Milan 2 Mata Di Puncak Liga

EPL: Dua Kesilapan Alisson Musnahkan Liverpool Di Anfield