Al-Nassr telah memutuskan untuk menamatkan kontrak Vincent Aboubakar membolehkan mereka mendaftarkan rekrut utamanya Cristiano Ronaldo, yang tiba pada penghujung Disember.

Hasrat peminat dari Cameroon yang mahu melihat Aboubakar bergandingan dengan salah seorang pemain terbaik sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo tidak kesampaian.

Penyerang Portugal itu, yang masih perlu menjalani penggantungan dua perlawanan, dijangka membuat penampilan pertamanya bersama pasukan baharunya pada 22 Januari menentang Ettifaq.

Penggantungan itu dibawa Ronaldo dari FA England. Di mana FA England mengenakan hukuman tersebut kerana kesalahan dilakukan Ronaldo musim lalu. Di mana dia merosakkan telefon pintar seorang remaja di Goodison Park.

Cristiano Ronaldo dijangka akan terus menjadi pemain kesebelasan utama dalam aksi Liga Arab Saudi pada 22 Januari akan datang.

Pemain berusia 37 tahun itu akan dapat menyertai kelab baharunya selepas Al-Nassr menamatkan kontrak pemain Cameroon Vincent Aboubakar untuk mematuhi had maksimum lapan pemain asing yang ditetapkan oleh persekutuan gola sepak Arab Saudi.

RMC melaporkan bahawa Al Nassr menamatkan kontrak Vincent Aboubakar dengan persetujuan bersama dan dia menerima semua pampasan kewangan yang dia berhak dapat kata sumber yang rapat dengan kelab Saudi itu.

Langkah menamatkan kontrak Aboubakar ini juga dikatakan dibuat untuk membolehkan kelab mengosongkan bil gaji yang tinggi bagi menampung kontrak Ronaldo yang luar biasa.

Aboubakar kini berstatus ejen bebas dan boleh berbincang dengan mana mana kelab.

Beberapa kelab Eropah sudah mengintai khidmatnya terutama sekali selepas prestasi cemerlangnya dalam Piala Dunia yang lalu.

Ronaldo awalnnya dijadualkan turun membuat debut bersama Al-Nassr pada Jumaat lalu menentang Al Ta’ee, namun dia terpaksa disisihkan kerana perlu menjalani penggantungan.

Ronaldo telah menandatangani kontrak sehingga 2025 dengan kelab Arab Saudi itu dengan anggaran €200 juta sepanjang tempoh kontraknya.

Dia diumumkan secara rasmi pada Selasa minggu lalu di hadapan 25,000 penonton di stadium Msool Park di Riyadh.

Cristiano Ronaldo berkata ketibaannya di kelab Arab Saudi itu bukan menandakan berakhirnya kariernya, tetapi satu peringkat baharu dalam usahanya memburu rekod.

Kedatangannya adalah sebahagian daripada hasrat pihak berkuasa kerajaan itu untuk meningkatkan martabat kejuaraan Arab Saudi. Dan mereka mahu mengikuti jejak langkah jiran mereka Qatar yang baru sahaja menganjurkan Piala Dunia Bola Sepak 2022.

Arab Saudi khususnya boleh mengemukakan pencalonan bersama dengan Greece dan Mesir untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 2030.