Kelab Liga Arab Saudi, Al-Nassr mahu menyatukan semula pemain bintang mereka, Cristiano Ronaldo bersama bekas pengurusnya ketika beraksi di Real Madrid.

Keputusan ini diambil selepas kelab itu memecat Rudi Garcia dimana pengurus itu dilaporkan mempunyai perbezaan pendapat dengan Ronaldo dan pihak kelab lebih memihak kepada ketua pasukan skuad kebangsaan Portugal itu.

Menurut laporan Sportkeeda, Al-Nassr mahu melantik sama ada Zinedine Zidane atau Jose Mourinho sebagai pengganti kerana kedua-dua pengurus pernah bekerjasama dengan Cristiano Ronaldo sebelum ini.

Al-Nassr Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo

Garcia meninggalkan kelab itu selepas mengendalikan pasukan dalam 26 perlawanan. Pengurus dari Perancis itu memenangi 18 perlawanan seri lima, dan mengalami tiga kekalahan. Pemain dilaporkan hilang keyakinan terhadap Garcia did alam bilik persalinan beliau dipecat oleh kelab ekoran kejadian itu.

Ronaldo menyinar ketika beraksi di bawah kendalian Zinedine Zidane di Real Madrid dimana pemain itu memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara Eropah. Dia menjaringkan 112 gol dan membuat 30 bantuan gol dalam 114 perlawanan di bawah kendalian bekas pemain Perancis itu.

Rekod peribadi Ronaldo juga cemerlang ketika di bawah bimbingan Mourinho. Pemenang Ballon d’Or lima kali itu menjaringkan 168 gol dan memberikan 49 assist dalam 164 perlawanan antara 2010 dan 2013 di bawah pengurus Portugal itu. Dia memenangi satu La Liga, satu Copa del Rey, dan satu Supercopa de Espana bersama Mourinho.

Zidane tidak mengendalikan mana-mana pasukan sejak memutuskan untuk meninggalkan Real Madrid buat kali kedua dalam kariernya pada 2021. Dia baru-baru ini dikaitkan dengan kerja kejurulatihan di kelab seperti Paris Saint-Germain dan Chelsea yang memecat Graham Potter baru-baru ini.

Mourinho pula kini merupakan pengurus AS Roma. Pasukannya menduduki tempat ketiga dalam carta Serie A dan bersaing di suku akhir Liga Europa. Musim lalu, Mourinho membimbing Roma memenangi Europa Conference League.