Kelab Arab Saudi, Al Hilal mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan yang dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang menyingkirkan mereka dari saingan AFC Champions League (ACL).

Al Hilal disingkirkan setelah hanya menyenaraikan 11 pemain dalam matchday squad perlawanan ACL ekoran majoriti pemain mereka diuji positif Coronavirus (COVID-19).

Kelab itu menurunkan sembilan pemain dalam kesebelasan utama serta dua penjaga gol di bangku simpanan, sekaligus melanggar undang-undang yang telah ditetapkan iaitu pasukan perlu menyenaraikan sekurang-kurangnya 13 pemain.

Pihak kelab mengumumkan mereka mahu mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan pasukan itu kembali bertanding dalam saingan ACL. Al Hilal menduduki tangga pertama dalam kumpulan B dan sudahpun mengesahkan kemaraan ke peringkat seterusnya.

Seramai 30 pemain terdiri daripada pemain, staf kejurulatihan dan juga pegawai kelab dijangkiti COVID-19 dan mereka mahu menggunakan faktor ini bagi mendapatkan semula tempat dalam kejohanan tersebut.

Sebelum ini, Al Hilal memohon kepada AFC untuk menangguhkan perlawanan terakhir kumpulan menentang Shabab Al-Ahly memandangkan pasukan itu tidak mempunyai bilangan pemain yang cukup untuk disenaraikan dalam matchday squad.

Namun, AFC tidak meluluskan permohanan tersebut kerana dianggap bakal menjejaskan jadual sedia ada yang sudahpun dibuat semula selepas dunia dilanda pandemik COVID-19.

Baca artikel lain mengenai Al Hilal dan saingan AFC Champions League (ACL) di sini:

Al Hilal Disingkirkan Dari Saingan ACL Selepas Senaraikan Hanya 11 Pemain Dalam “Matchday Squad”

Pemain Al Hilal Dan Al Duhail Disahkan Positif COVID-19, Al Wahda Tarik Diri Daripada AFC Champions League 2020

‘AFC Champions League’s Best Goal of the Decade’ Menjadi Milik Safawi Rasid, Tumpaskan 10 Calon Ternama Lain