Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Arab Saudi, Al Hilal semalam menewaskan Pohang Steelers, 2-0 untuk menggondol trofi kelab paling berprestij di Asia, AFC Champions League (ACL). Ia adalah kejuaraan keempat mereka dan kini merupakan kelab terbanyak yang menjuarai ACL sejak 1991.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa King Fahd, Nasser Al-Dawsari terlebih dahulu membuka akaun jaringan seawal 15 saat melalui rembatan jarak jauh yang cantik menewaskan penjaga gol lawan.

Ini juga adalah rekod jaringan terpantas dalam saingan ACL mengatasi rekod jaringan Kallon pada tahun 2005.

Pohang Steeler juga hampir menyamakan kedudukan melalui Sin Jin-ho pada minit ke-12 namun percubaannya terkena palang sebelum ditepis keluar oleh penjaga gol Hilal, Abdullah Al-Mayoof. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Al Hilal mula mengandakan asakan untuk memburu gol kedua dan usaha mereka membuahkan hasil apabila Moussa Marega merembat masuk jaringan kemenangan pada minit ke 63 sekaligus menceriakan 50,000 penyokong yang hadir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Undian Kelayakan Piala Asia 2023 Akan Berlangsung Pada Februari 2022

Piala Suzuki AFF 2020: Stadium Nasional Singapura Jadi Gelanggang Aksi Derbi Nusantara, Malaysia-Indonesia

Morocco Belasah Singapura 7-1 Dalam Perlawanan Persahabatan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group