Pendahulu Liga Qatar, Al Duhail SC terus berurusan dengan juara Serie A, Juventus dimana kali ini mereka berjaya menandatangani penyerang Korea Utara yang berusia 21 tahun, Han Kwang-Song.

Sebelum ini, Al-Duhail menandatangani penyerang Croatia, Mario Mandzukic dan pemain pertahanan Maghribi, Mehdi Benatia dimana kedua-dua pemain ini sebelumnya turut menyarung jersi Juventus.

Al-Duhail

Sumber Gambar: Bleacher Report

Kwang-song yang telah beraksi di Itali sejak 2015 lalu menyertai skuad kendalian bekas pembantu Jose Mourinho, Rui Faria itu dengan yuran perpindahan sebesar €5 Juta. Bersama Juventus yang disertainya dari Cagliari pada 2019, Kwang-song banyak beraksi bersama pasukan pembangunan skuad The Old Lady dan hanya sekali berada di bangku simpanan ketika perlawanan yang membabitkan pasukan senior.

Dalam saingan Liga Qatar musim ini, Al-Duhail sedang mendahului carta liga dengan kelebihan dua mata di hadapan Al Rayyan di tempat kedua dan sembilan mata di hadapan pasukan kendalian Xavi Hernandez, Al Sadd yang menghuni tangga ketiga.

Baca artikel lain mengenai pemain yang ditandatangani oleh Al-Duhail di sini:

Mario Mandzukic Terima Pedang Khas, Tekad Bantu Al Duhail Menjuarai AFC Champions League 2020

Juventus Tandatangani Penyerang Korea Utara, Han Kwang-song

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group