Fabrizio Romano mengesahkan Al Ahli telah memuktamadkan perjanjian dengan Manchester City untuk medapatkan Riyadh Mahrez.

Pemain antarabangsa Algeria itu akan menyertai Edouard Mendy dan Roberto Firmino yang sudah pun diumumkan secara rasmi oleh kelab itu.

Riyadh Mahrez yang menjadi pemain penting pada era Pep Guardiola sudah memutuskan untuk meninggalkan Manchester City.

Mahrez selamanya akan dikenang sebagai legenda EPL. Terutama sekali dia membantu kelab kerdil Leicester menjuarai EPL pada musim 2015/16.

Dia kemudian menyertai Manchester City dan menambah beberapa lagi koleksi EPL termasuk kejayaan menjulang treble musim lalu.

Di mana Manchester City menjuarai EPL, UCL dan Piala FA dalam satu musim yang sama. Ianya adalah pencapaian terbaik dalam sejarah kelab itu yang berjaya dilakukan pada era Pep Guardiola.

Riyadh Mahrez mulai menjadi sasaran beberapa kelab dari Arab Saudi yang mulai mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan bintang dari kelab Eropah.

Riyadh Mahrez akhirnya disambar Al Ahli. Pemain yang dikenali dengan kreativiti yang sangat tinggi serta memiliki kemampuan yang sangat baik dalam menjaringkan gol.

Lebih menarik Al Ahli juga sedang menantikan Allan Saint Maximin. Pemain yang mahu dijual oleh Newcastle setelah mendapatkan Harvey Barnes.

Dengan kehadiran bintang bintang ini, Al Ahli nampaknya akan menjadi salah satu pasukan pilihan dalam liga Arab Saudi musim hadapan.

Kehadiran Mahrez juga menambah senarai pemain pemain yang pernah menjuarai UCL dalam pasukan Al Ahli. Selain Mahrez, dua pemain iaitu Roberto Firmino dan Edouard Mendy pernah menjuarai UCL masing masing bersama Liverpool dan Chelsea – sebagai pemain utama.