Pertembungan dua pasukan teratas CIMB Liga Super diantara Terengganu FC (TFC) menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada malam ini djangka menarik lebih 100,000 tontonan melalui laman You Tube UnifiTV yang disiarkan secara percuma.

Ia adalah perlawanan yang akan menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan kerana kedua-dua pasukan ini menghuni kedudukan dua teratas dalam Liga Super.

Berdasarkan kedudukan semasa, TFC kini ketinggalan 6 mata dibelakang JDT dan pasti mengintai 3 mata penuh selepas tewas 0-1 kepada Melaka minggu lepas. Manakala JDT berpeluang cerah dinobatkan sebagai juara musim ini jika berjaya menewaskan TFC.

Mengulas mengenai aksi malam ini, pengendali TFC, Nafuzi Zain mengakui tugas sukar sedang menanti anak buahnya dan beliau menuntut mereka lebih bersedia dari segi fizikal dan mental.

“Pemain kita perlu mempunyai mental yang kuat untuk menentang pasukan seperti JDT.

“Itu antara perkara yang saya selalu ingatkan buat pemain-pemain kerana mental kita akan banyak mempengaruhi permainan kita dan permainan kita inilah yang akan menentukan gerakan taktikal dan strategi yang kita rancang itu berhasil.

“Dari segi persediaan, pasukan kita dilihat telah bersedia, walaupun ada beberapa pemain masih mempunyai sedikit kecederaan namun ianya tidak serius dan dapat diturunkan bagi perlawanan pada Jumaat ini.

“Apa yang pasti pasukan kita akan turun menentang pendahulu liga ini dengan semangat yang tinggi dalam misi untuk kembali bangkit seterusnya untuk mendapatkan keputusan positif,” kata Nafuzi dalam satu kenyataan.

89824138_914010609029621_4989881957836914688_o
FOTO: TFC

Sementara itu, ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora menegaskan beliau enggan memandang mudah terhadap TFC kerana setiap lawan yang ditemui sentiasa memberikan kesukaran kepada anak buahnya.

“Untuk aksi menentang TFC, kami mahukan kemenangan walaupun sedar kesukaran yang bakal dihadapi.

“Malah saya menepis tanggapan sesetengah pihak yang berpandangan andai JDT menang ke atas TFC maka laluan untuk menjuarai liga semakin cerah.

“Sebaliknya, kami enggan memikirkannya, apa yang kami fokuskan adalah mengharungi satu demi satu perlawanan dan setiap aksi yang kami hadapi ibarat aksi final kerana semua tahu saingan liga pada musim ini hanya dilangsungkan pusingan sahaja,” katanya.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah. 

Perlawanan Melibatkan Pasukan JDT Tarik Jumlah Tontonan Paling Tinggi Di Laman Youtube

Tengku Muda Pahang: Kami Akan Bawa Kes Sumareh Ke AFC Dan FIFA

Aidil Sharin Bebas Sertai Mana-Mana Pasukan