Perlawanan Liga Super diantara Selangor menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 3 September ini pasti mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Lebih menarik, perlawanan ini bakal disiarkan secara langsung di kaca televisyen melalui saluran TV9 bermula jam 8.00 malam sekaligus memudahkan tontonan peminat yang tidak mempunyai akses internet di kawasan mereka.

Penyiar Rasmi Liga Super Malaysia – unifi TV, telah mengambil langkah untuk memanjangkan hak penyiaran ini ke TV9, demi para peminat bola sepak tempatan.

Walaupun masih perlu mengharungi tujuh perlawanan lagi, JDT dijangka terus mempertahankan kejuaraan Liga Super buat tahun kesembilan berturut-turut berdasarkan persembahan konsisten yang dipamerkan Harimau Selatan sepanjang musim ini.

JDT yang membenam Melaka United 4-0 pada isnin lepas, berada di persada liga dengan mengumpul 41 mata selepas 15 perlawanan, enam mata di depan pasukan tangga kedua, Sabah.

Namun begitu, Selangor sudah pasti tidak mahu tewas lagi di halaman sendiri selepas dikritik hebat oleh penyokong setia apabila mencatat 4 kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Super sehingga membawa kepada pertukaran ketua jurulatih.

JDT memang ‘kebal’ namun Sri Pahang sudah buktikan mereka berjaya menghentikan kemenangan Harimau Selatan apabila mengutip 1 mata di Stadium Sultan Ibrahim beberapa bulan lalu.

Dibawah kendalian Nidzam Jamil, mampukah skuad Gergasi Merah leburkan rekod tanpa kalah JDT yang dibarisi oleh pemain hebat seperti Bergson, Fernando Forestieri dan Arif Aiman dihadapan ribuan penyokong sendiri?

Saksikan perlawanan yang paling dinantikan, Selangor FC berdepan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim pada 3 September (Sabtu) jam 8 malam secara langsung di TV9, saluran Unifi TV 109, Astro 149 dan strim di tonton!

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Penyokong Terengganu ‘Habiskan’ Semua Tiket Final Piala FA

Pemain Sarawak United Sudah 4 Bulan Tidak Terima Gaji

Final Piala FA Serentak Dengan Konsert Dewa 19, Bukit Jalil Dijangka Sesak Teruk Pada 10 September

Gol Jarak Jauh Sean Selvaraj Dihantar Ke FIFA Untuk Pencalonan Anugerah PUSKAS

TRW Kelantan Jadikan Tuntutan Kes Fitnah Sebagai Sedekah