Perlawanan persahabatan – yang tidak begitu bersahabat – antara pasukan Indonesia B-20 dan Fiji B-20 dicemari dengan insiden pergaduhan di mana ada insiden bertumbuk melibatkan pemain.

Kedua dua pasukan belia tersebut beraksi dalam kejohanan mini di Stadium Utama Bung Karno (SUGBK) diwarnai dengan insiden tumbukan Frengky Missa dan kad merah Hokky Caraka.

Perlawanan Indonesia vs Fiji dalam perlawanan persahabatan kali ini ternyata sangat tegang di mana sebanyak empat kad merah dikeluarkan oleh pengadil Thoriq M Alkatiri.

Kad merah pertama yang dikeluarkan pengadil Thoriq diberikan kepada Thomas Arthur pada minit ke-55 kerana mengasari Kakang Rudianto.

Arthur menerima kad kuning kedua yang membawa kepada kad merah.

Fiji sekali lagi kehilangan seorang pemain selepas Melvin Mansheek menerima kad kuning kedua pada minit ke-70, sekali lagi kerana mengasari Kakang.

Perlawanan sengit dengan beberapa aksi kasar berterusan di atas padang.

Pada penghujung permainan, kekecohan antara pemain kedua-dua pasukan muncul.

Kekecohan sehingga ada insiden bertumbuk antara pemain Indonesia dan Fiji bermula apabila pemain gantian Frengky Missa cuba merampas bola daripada Pawan Pratap Singh.

Pada percubaan pertama, Frengky gagal memenangi bola. Namun pemain nombor 17 tidak berputus asa dan terus mencuba.

Apabila dia hendak memenangi bola semula, Pawan cuba menepis Frengky yang mendesaknya.

Merasa dirinya dikasari, Frengky terus bertindak membalas kekasaran itu. Tetapi pada masa yang sama, tangan kiri Gulam Razool telah hinggap di muka Frengky.

Selepas itu, Pawan melemparkan tumbukan dengan tangan kanannya yang mengenai belakang leher kanan Frengky. Dan kemudian melepaskan satu lagi  tumbukan membuatkan Frengky Rebah di atas padang.

Melihat rakan sepasukannya dipukul, Hokky bertindak balas. Penyerang kebangsaan B-20 Indonesia itu turut dibuang padang.

Hokky sendiri nampak terkejut kerana turut dilayangkan kad merah. Dia mendakwa dia tidak melakukan apa apa serangan fizikal melampau.

Dalam perlawanan itu, Pasukan Kebangsaan Indonesia U-20 menang 4-0 ke atas Fiji. 4 gol Indonesia hasil jaringan Arkhan Fikri, Kakang Rudianto, Resa Aditya dan Hokky Caraka.