FA Inggeris telah mengeluarkan tarikh perlawanan Perisa Komuniti Inggeris.

Ianya adalah perisai khas sebelum sepak mula rasmi musim liga setiap musim.

Perisai Komuniti merupakan perlawanan yang telah menjadi tradisi bola sepak di Inggeris menandakan bakal bermula musim baharu.

Ianya menemukan juara Liga Perdana Inggeris dengan Piala FA.

Juara Liga Perdana Inggeris musim ini iaitu Liverpool akan menanti lawan mereka di antara Chelsea atau Arsenal.

Kedua dua kelab London itu akan membuat perhitungan dalam final Piala FA yang akan berlangsung di Wembley pada 1 Ogos ini.

Kedua dua pasukan mara setelah menewaskan dua kelab Manchester di separuh akhir.

Sementara itu tarikh untuk aksi Perisai Komuniti Inggeris adalah pada 29 Ogos hadapan.

Kurang 2 minggu daripada sepak mula untuk musim 2020/21.

Musim lalu, Liverpool tewas di tangan Manchester City dalam perebutan Perisai Komuniti.

Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini dengan rekod 99 mata, hanya satu mata di belakang rekod 100 mata yang dicatatkan Man City – sebagai pungutan mata paling tinggi dalam semusim.

Dalam pada itu, FA sedang berbincang untuk membenarkan penyokong masuk ke stadium dengan garis peraturan yang ketat.

Sebelum ini Perancis sudah mengadakan perlawanan Piala Perancis dengan kehadiran para penyokong yang terhad.

Baca juga perkembangan lain

Jamie Vardy Tak Percaya Dengan Perjalanan Kariernya

Klopp Dinobat Pengurus Terbaik, Sir Alex Ucap Tahniah Dan Sudah Maafkan Beliau

Guardiola Akui Cemburu Dengan Semangat Liverpool, Dan Tumpang Gembira Dengan Kejayaan Klopp