Selepas kekalahan dalam perlawanan pertama bertemu Perak di Stadium Sultan Zainal Abidin, Gong Badak minggu lalu, sudah mula kedengaran suara-suara mahupun komen-komen dari penyokong pasukan itu yang mula ‘memerhati’ aksi ketua pasukan mereka, Lee Andrew Tuck.

Rata-rata ada menyebut bahawa aksi pasukan Terengganu pada perlawanan pra musim dimana pada ketika itu Lee Tuck jarang beraksi adalah lebih baik dari ketika beliau turun beraksi bersama pasukan.

Dalam satu kemaskini yang dibuat oleh laman sosial Twitter Football Terengganu, ada 2 screenshot yang dimuatnaik menyatakan 5 perkara berkaitan Lee Tuck yang kini menjadi ‘fokus’ utama.

88095195_906619306435418_6261317230936457216_o

“OK..loni (sekarang ini) rama dah (ramai dah) fans duk perati dia ni, komen negatif dah banyak dah..bukan tak suka, tapi suruh improve.”

Dalam kenyataan itu juga ada menyebut bahawa mereka telah mendapatkan pendapat dan juga komen dari bekas-bekas pemain berkenaan aksi Lee Tuck yang nampaknya memihak kepada mereka.

Berikut adalah rumusan yang diperolehi oleh mereka;

  1. Rasa terlalu STAR, segala keputusan nak suruh hormat. Ketika pra musim, ramai staf komen dia ni (Lee Tuck) ikut suka dia nak join atau pun tidak. Tapi ketika beliau tiada, OK je gameplay.
  2. Gerakan ‘delay pass’, ‘back pass’ tak perlu, dari tahun lepas Nafuzi Zain jelas sound dari luar padang, dan makin menjadi-jadi 1st game baru ni.
  3. Suka kutip bola dari posisi yang salah.
  4. Komunikasi dan connection dengan winger yang bermasalah.
  5. Ada kelebihan stamina, tetapi ditahap profesional stamina sahaja tidak mencukupi.
  6. Dead ball wajib nak ambil. Diakui pakar tetapi tiada variasi.

Tetapi adalah tidak adil untuk memberikan kenyataan seperti itu selepas 1 perlawanan sahaja dan secara terus kepada individu yang juga merupakan ketua pasukan sendiri.

Mungkin, perubahan atau peningkatan perlu dilakukan secara menyeluruh dan pihak pengurusan perlu melihat secara holistik apakah masalah sebenar yang dihadapi sebelum ia terlambat.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

102,712 Penonton Hadir Ke Stadium Untuk Liga Super Dan Liga Premier, 3 Venue Catat Bawah 1,000 Penonton

Lazarus Kaimbi Kembali Ke Saingan Liga Malaysia

Padang Dan Bilik Persalinan Punca Stadium MBPJ Tidak Boleh Digunakan, MFL Arah PJ City Cari Gelanggang Lain

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group