Aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditunda lagi dimana perlawanan bakal dilangsungkan pada bulan Jun setelah mendapat persetujuan daripada pasukan bertanding.

Menurut laporan Stadium Astro, Vietnam merupakan pasukan terakhir dalam kumpulan G yang memberi persetujuan dalam mesyuarat yang berlagsung semalam.

Bulan Jun merupakan tarikh akhir yang diberikan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana 12 negara yang mendapat kelayakan automatik ke pusingan seterusnya perlu diketahui sebelum Julai.

Kelayakan
KUALA LUMPUR 15 MARCH 2017. Setiausaha Agung Konfiderasi Bola sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul John menyampaikan maklumat berhubung isu penangguhan perlawanan Antarabangsa kelayakan Piala ASIA yang membabitkan Republik Korea Utara dengan Malaysia di Ibu Pejabat AFC, Bukit Jalil. NSTP/OSMAN ADNAN

“Semua negara terlibat bersetuju bahawa keadaan berkemungkinan bulan hadapan tidak akan memberikan peluang untuk menganjurkan perlawanan jadi keputusan yang terbaik telah diambil untuk ditunda kepada bulan Jun,” kata Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul.

Pihak AFC akan mengeluarkan jadual bagi perlawanan kelayakan bulan Jun nanti dalam masa terdekat.

Malaysia ketika ini berada di tangga kedua dalam carta kumpulan G di belakang Vietnam dengan perolehan 9 mata, dua mata di belakang skuad bimbingan Park Hang-seo.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Dua Syarikat Tempatan Tak Jadi Ambil Alih Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman

10 Pasukan Liga Super Telah Memohon Lesen AFC Untuk Musim 2022 Kecuali Sri Pahang Dan Sabah

Kurniawan Dwi Yulianto Berikan Sebab Mengapa Sabah Tidak Ambil Khidmat Jorge Pereyra Diaz