Dalam perlawanan Liga Super Malaysia diantara pasukan Kedah bertemu Penang semalam, kemenangan selesa 4-1 pastinya menghadirkan kegembiraan untuk semua penyokong mereka.

Kemenangan dalam perlawanan ke-15 itu membolehkan Kedah mengutip 29 mata dengan 3 lagi perlawanan dalam tangan, dimana jika berjaya memungut 9 mata maksimum, Kedah mampu berada dikedudukan ke-2 saingan Liga Super.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah aksi pemain pasukan Penang iaitu Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew yang telah melakukan terjahan keras dan berbahaya terhadap Rabih Ataya pada minit ke 71 permainan.

Sila tonton video dibawah untuk melihat sendiri terjahan yang mampu memusnahkan karier bola sepak seseorang pemain.

Pengadil perlawanan iaitu Muhammad Zamzaini Katimin telah melayangkan kad kuning terhadap Jafri dan hukuman itu dilihat sebagai tidak munasabah langsung.

Selepas video diatas tersebar dan menerima pelbagai reaksi dari peminat yang marah dengan tindakan pemain itu, bekas pengadil FIFA dari Malaysia iaitu Subkhidin Salleh memberikan pandangan peribadinya mengenai insiden tersebut.

Pihak FAM melalui jawatankuasa yang berkenaan perlu melihat kembali insiden ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menjaga kepentingan pemain khususnya.

2 perkara yang mungkin boleh diteliti semula adalah;

  • Tindakan Jafri Firdaus Chew yang dengan dilihat sengaja melakukan terjahan berbahaya.
  • Hukuman kad kuning dari pengadil Muhammad Zamzaini Katimin perlu dinilai kembali.

Dari komen dan reaksi yang diterima, ramai yang mahu memberikan sokongan kepada liga tempatan tetapi perkara-perkara seperti ini telah menjadikan mereka menjauhkan diri. Ini perlu diambil cakna oleh MFL khususnya demi kebaikan liga bola sepak Malaysia dimasa hadapan.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

Jersi Buriram United Terjual 51,677 Helai, Menjana Jualan Sekitar RM4.56 Juta Dalam 3 Minggu!

Portal Sukan Turki Ini Kaitkan Perpindahan Radamel Falcao Ke JDT Sejak 10 Hari Yang Lalu

Masashi Motoyama: “Hanya JDT Miliki Fasiliti Setaraf Dengan Kelab Atasan J.League, Pasukan Lain Lebih Kurang Sama Sahaja.”