Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penyerang naturalisasi negara, Guilherme De Paula terus menerima kritikan pedas dari peminat bola sepak tanah air terutamanya selepas dua aksi persahabatan menentang Jordan dan Uzbekistan baru-baru ini.

De Paula dianggap gagal untuk menampilkan prestasi terbaik di bahagian serangan pasukan negara dan dianggap tidak berbaloi untuk dibawa dalam skuad yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe.

Tinjauan di media sosial menunjukkan peminat mengambil pendekatan baharu dalam meluahkan kekecewaan mereka terhadap De Paula dimana terdapat satu video yang menampilkan aksi pemain berusia 34 tahun itu ketika menentang Uzbekistan semalam.

Namun, video tersebut dimuat naik dengan latar belakang pengulas yang menyebut nama pemain Paris Saint-Germain (PSG) iaitu Lionel Messi sekaligus menjadi bahan gurauan peminat bola sepak negara.

Tidak dinafikan sehingga kini masih tiada impak positif yang dibawa oleh Guilherme De Paula sejak menjadi pemain naturalisasi kedua negara selepas Mohamadou Sumareh.

Setakat ini, De Paula hanya menjaringkan satu gol bagi pasukan negara iaitu ketika perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam pada Jun lalu.

Dua perlawanan persahabatan yang dihadapi menyaksikan pasukan negara tewas dengan keputusan 4-0 di tangan Jordan dan 5-1 ketika berdepan Uzbekistan.

Ketua pasukan Kedah Darul Aman (KDA), Baddrol Bakhtiar menjadi penjaring tunggal skuad Harimau Malaya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia dan pasukan kebangsaan di sini:

Safee Sali Idam Julang Piala Malaysia Buat Kali Pertama

Uzbekistan Terlalu Ampuh Buat Skuad Negara

Amirul Azhan: Perak Perlu Perbaiki Ketajaman Jentera Serangan

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group