Pemain muda Jepun yang kini beraksi untuk skuad utama Hamburg SV dalam saingan Bundesliga, Tatsuya Ito, telah mencipta kejutan apabila aksi memukau beliau dalam pertemuan dengan Schalke 04 menyebabkan jersi replika di butik Hamburg SV habis dijual.

Menurut laman Twitter rasmi Hamburg SV, penyokong pasukan terlalu gembira dengan aksi bertenaga bekas pemain Kashiwa Reysol itu dan menyerbu butik rasmi Hamburg SV, membeli jersi replika Tatsuya Ito sehingga habis stok.

Pemain sayap berusia 20 tahun itu telah berjaya menghuru-harakan pihak lawan dibahagian kiri dan telah menunjukkan sikap ‘fearless’ adalah punca utama penyokong Hamburg SV berasa teruja.

Ito dalam perlawanan itu berjaya melakukan 9 ‘dribbles’ dimana 5 daripadanya berjaya menyumbang kemenangan Hamburg SV keatas Schalke 04. Selain itu, daripada statistik rasmi menunjukkan Ito menang 100% dari bentesan dan beliau adalah satu-satunya pemain diatas padang yang mencapai angka tersebut.

Siapa Sebenarnya Tatsuya Ito?

Pemain sayap muda berusia 20 tahun ini menyertai Hamburg SV pada tahun 2015 selepas berjaya mempamerkan aksi cemerlang diperingkat remaja bersama Kashiwa Reysol.

141214_29set_ito

Pencari bakat Hamburg SV sudah mula memerhatikan Ito selepas beliau dianugerahkan ‘Man of the Match’ ketika Kashiwa bertemu Schalke 04 di UAE dalam satu kejohanan remaja, Al-Ain International Youth Tournament, April 2014.

13 Julai 2015, Tatsuya Ito secara rasmi menyertai Hamburg SV dengan kontrak 3 tahun walaupun ketika itu beliau baru berusia 18 tahun.

40761562_303

Pihak kelab ketika itu tidak menghadapi masalah untuk melepaskan Ito kerana Hamburg SV bersetuju untuk membayar penuh pampasan bagi ‘Training Compensation’ sepanjang tempoh pemain itu bersama Kashiwa Reysol.

Selain itu, Tatsuya Ito juga telah menerima pelepasan khas dari pihak sekolah tinggi beliau,ย Nippon Sport Science University Kashiwa High School, bagi menamatkan sekolah lebih awal disebabkan prestasi dan sumbangan beliau kepada sekolah tersebut.

Sejak melakukan debut bersama pasukan senior pada 25 September 2017, Tatsuya Ito sehingga kini berjaya tampil 15 kali dengan 7 daripadanya tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan,

Sumber