Dito

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pemain tengah Kuala Lumpur City, Akram Mahinan menggesa agar semua negeri memiliki padang berkualiti tinggi seperti yang digunakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Akram berkata demikian di laman media sosial Twitter miliknya selepas beliau menyaksikan aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Permukaan padang SNBJ dilihat becak dan ada peminat yang menganggap padang sebagai kubang kerbau selepas hujan turun sebelum perlawanan bermula.

“Kecewa dengan padang, lagi dan lagi. Kalau tak hujan pun, kalau tengok dari atas memang cantik tapi cuba main boleh tahu teruk dia macam mana. Harap semua negeri ada padang seperti Stadium Sultan Ibrahim.

“Keluar la modal sedikit untuk padang latihan baru kita boleh cerita tahap selanjutnya,” kata Akram Mahinan.

Keadaan padang sememangnya memberi kesukaran untuk menampilkan aksi terbaik dimana ada beberapa bahagian padang yang digenangi air sekaligus sukar untuk pemain menggerakkan bola.

Pada perlawanan semalam, ketua jurulatih, Kim Pan-gon membuat perubahan apabila hanya mengekalkan Farizal Marlias, Matthew Davies, Mohamed Syamer Kutty Abba, Dion Cools, Corbin-Ong dan Darren Lok di kesebelasan utama.

Pasukan negara berjaya membuka tirai jaringan pada separuh masa kedua menerusi Mohamadou Sumareh setelah pemain itu menolak masuk hantaran daripada Khuzaimi Piee dari sebelah kiri.

Kegembiraan itu bagaimanapun hanya mampu bertahan selama dua minit selepas hantaran jauh Mahdi Faisal Alhumaidan mencari Hashim Sayed Isa dan beliau mengumpan bola buat Ali Abdula Haram yang tidak dikawal pertahanan bagi kembali menyamakan kedudukan.

Malang menimpa skuad negara apabila Bahrain dihadiahkan sepakan penalti susulan kekasaran dilakukan Farizal Marlias terhadap Ali Jaafar Madan ketika situasi kelam-kabut di hadapan gawangnya.

Penyerang gantian, Abdulla Yusuf Helal yang mengambil sepakan tersebut pada minit ke-81 tidak berdepan masalah untuk menambah jaringan kedua Bahrain.

Kedudukan itu kekal hingga tamat permainan untuk Bahrain melonjak ke tangga teratas dengan enam mata manakala skuad negara di kedudukan kedua berikutan kelebihan perbezaan jaringan berbanding Turkmenistan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Kelayakan Piala Asia: Jaringan Penalti Bahrain Kecewakan Skuad Negara

Operasi Stesen LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Sempena Kelayakan Piala Asia 2023

Kim Pan-gon Mahu TMJ Terus Kekal Kendalikan JDT

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group