Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Akira Nishino mengambil langkah tegas apabila tidak membenarkan pemainnya ditemu bual oleh wartawan khususnya wartawan Malaysia.

Ketika sesi latihan rasmi skuad Gajah Perang itu di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini, wartawan hanya dibenarkan untuk mengambil gambar dan video pada 15 minit awal sesi latihan. Namun tiada sebarang temu bual bersama pemain Thailand dibenarkan.

Nishino dikhabarkan mengambil langkah sedemikian disebabkan salah sebuah stesen tv Malaysia telah mengambil beberapa gambar serta video ketika pasukan itu berlatih di UM Arena pada semalam.

Perkara ini jelas tidak disenangi oleh Nishino dimana beliau menganggap tindakam tersebut sebagai satu usaha untuk mengintip persediaan pasukan Thailand.

“Ketika sesi latihan semalam, salah sebuah stesen tv telah merakam gambar kami sedang berlatih daripada luar perimeter.

“Kami mahu permainan antara kedua-dua pasukan menjadi satu perlawanan yang adil. Tetapi tahap keselamatan serta protokol perlu dipertingkatkan untuk mengelak perkara seperti ini berlaku,” kata Akira Nishino pada sidang media praperlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Akira Nishino

Sumber Gambar: PFAM

Perlawanan antara Malaysia menentang Thailand dijangka sengit dimana kedua-dua pasukan mempunyai agenda yang tersendiri. Thailand mahu mengukuhkan kedudukan di puncak kumpulan G manakala Malaysia mahu kembali meraih kemenangan bagi mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang Thailand di sini:

Tan Cheng Hoe Beri Bayangan Perubahan Dalam Kesebelasan Utama

Tan Cheng Hoe Ada Sebab Gugurkan Shahrel Fikri Dan Gunakan Khidmat Norshahrul Idlan Talaha

Akira Nishino Tidak Ambil Peduli Mengenai Rekod Pasukan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group