Ketua jurulatih pasukan Thailand B23, Akira Nishino seperti yang dilaporkan oleh sebuah media sukan Thailand Bright Today, skuad Sukan SEA Thailand tidak akan menggunakan kuota pemain berusia lebih 23 tahun dalam kejohanan tersebut di Filipina nanti.

Menurut laporan itu lagi, Akira Nishino memutuskan untuk tidak menggunakan kuota pemain lebih umur dalam skuad Sukan SEA kerana mahu melakukan analisis serta menilai dengan lebih lanjut prestasi pemain berusia bawah 23 tahun sebagai persiapan kejohanan AFC B23 tahun depan.

Sebagai ketua jurulatih baru pasukan kebangsaan serta B23 Thailand, Akira Nishino telah melantik pembantu beliau untuk kedua-dua pasukan bagi memerhatikan dengan lebih rapat prestasi pemain-pemain yang diperlukan.

70205738_2657911680940188_7040339507186499584_n

“Keutamaan saya adalah kepada skuad senior dan bawah 23 tahun Thailand. Jika jadual perlawanan skuad B23 ini tidak bertindah dengan pasukan senior saya akan berada disana dan jika sebaliknya penolong jurulatih yang telah dilantik akan menggantikan tempat saya.

Pasukan Thailand berada dalam balang undian 1 selaku juara bertahan acara bola sepak Sukan SEA dan undian bagi menentukan kedudukan pasukan diperingkat kumpulan akan diadakan pada 3 Oktober 2019.

Manakala bagi undian untuk kejohanan AFC B23 2020 akan diadakan pada hari ini bagi menentukan kedudukan 16 pasukan yang layak dalam peringkat kumpulan. Thailand berada dalam balang undian 1 selaku tuan rumah bersama-sama Uzbekistan, Qatar, dan Vietnam.

Artikel lain mengenai pasukan bola sepak dari Thailand untuk dibaca seperti dibawah.

Pot Rasmi Bagi Undian Saingan AFC B-23 2020

Thailand Dijangka Atur Perlawanan Persahabatan Bertemu Pasukan Ke-90 FIFA Ranking, Republik Congo

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group