Pengendali skuad kebangsaan Thailand, Akira Nishino meminta tempoh sebulan kepada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) bagi mempersiapkan pasukan menjelang kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perkara ini disuarakan oleh Setiausaha Agung FAT, Parit Suphaphong dan pihaknya memberi sokongan penuh terhadap permintaan Nishino.

Akira
Sumber Gambar: Changsuek

“Baru-baru ini Akira meminta tempoh sebulan untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi perlawanan peringkat kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Ini adalah perkara yang perlu dilakukan kerana Thailand akan menghadapi perlawanan penting,” kata Parit.

Nishino meminta tempoh yang lama kerana beliau mahu memenangi baki tiga perlawanan kelayakan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Malaysia dan Indonesia sekaligus mara ke pusingan ketiga.

Akira
Aksi Chanathip ketika Malaysia berdepan Malaysia. Sumber Gambar: Changsuek

Dalam carta kumpulan G, Thailand menduduki tangga ketiga dengan kutipan 8 mata, ketinggalan satu mata di belakang Malaysia yang menduduki tangga kedua dan tiga mata di belakang Vietnam yang sedang mendahului carta.

Jika juara lima kali Piala AFF Suzuki itu mahu muncul sebagai juara kumpulan G, Thailand wajib memenangi ketiga-tiga perlawanan yang bakal dihadapi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Thailand di sini:

Mat Yo Akui Ramai Pemain Malaysia Sudah Mula Berminat Beraksi Di Liga Thailand

Bekas Pemain Yang Berusia 55 Tahun Ini Ambil Ujian Kecergasan Untuk Kembali Beraksi Dalam Liga Thailand

FAT Mahu Hantar Skuad Terbaik Ke Saingan Piala AFF Suzuki 2020