Ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Akira Nishino memanggil 13 muka baharu bagi menyertai kem latihan pusat skuad Gajah Perang yang bakal diadakan pada 7 hingga 11 Oktober ini.

Kem latihan pusat ini diadakan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Chiangrai United dan Samut Prakan City FC menjadi kelab yang menyumbang pemain terbanyak dalam senarai kali ini dengan masing-masing enam pemain. Kelab gergasi yang lain seperti Port FC, Muangthong United dan Bangkok United turut menyumbang.

Berikut adalah senarai penuh pemain yang dipanggil Akira Nishino:

Penjaga Gol
1. Saranon Anuin (Chiangrai United)
2. Patiwat Khammai (Samut Prakan City FC)
3. Peerapong Ruennin (Sukhothai)

Pertahanan
4. Suriya Singmui (Chiangrai United)
5. Shinnaphat Leeaoh (Chiangrai United)
6. Thitawee Aksornsri (Port FC)
7. Nitipong Selanon (Port FC)
8. Kevin Deeromram (Port FC)
9. Saringkan Promsupa (Muangthong United)
10. Suporn Peenagatapho (Muangthong United)
11. Jakkapan Praisuwan (Samut Prakan City FC)
12. Suphanan Bureerat (Samut Prakan City FC)
13. Nukoolkit Krutyai (Sukhothai)

Pemain Tengah
14. Chotipat Poomkaew(Chiangrai United)
15. Phitiwat Sukjitthammakul (Chiangrai United)
16. Ekanit Panya (Chiangrai United)
17. Pathompol Charoenrattanapirom (Police Tero)
18. Kanokpon Buspakom (Police Tero)
19. Kritsada Kaman (Chonburi FC)
20. Phanuphong Phonsa (Chonburi FC)
21. Sorawit Panthong (Muangthong United)
22. Weerathep Pomphan (Muangthong United)
23. Peeradon Chamratsamee (Samut Prakan City FC)
24. Teeraphol Yoryoei (Samut Prakan City FC)

Penyerang
25. Arthit Boodjinda (Police Tero)
26. Adisak Kraisorn (Port FC)
27. Jaroensak Wonggorn (Samut Prakan City FC)
28. Sittichok Paso (Trat FC)

Baca artikel lain mengenai Akira Nishino di sini:

Akira Nishino Mahu Panggil Muka Baharu Dalam Skuad Thailand

Akira Nishino Harapkan Empat Pemain Berpangkalan Di Jepun Bantu Thailand Atasi Malaysia Dan Vietnam

FAT Minta Kebenaran Khas Bawa Masuk Akira Nishino Dan 80 Pemain Import Kelab Thai League