Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Akira Nishino mahu skuad bimbingannya kembali meraih kemenangan pada perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi hari ini.

Thailand tewas mengejut kepada Malaysia dengan keputusan 2-1 pada perlawanan sebelumnya di Stadium Nasional Bukit Jalil dan Akira mahu skuad Gajah Perang meraih tiga mata di Hanoi bagi mencerahkan peluang pasukannya untuk mara ke pusingan ketiga.

Akira Nishino
Sumber Gambar: PFAM

“Saya sedang mempertimbangkan untuk membuat perubahan dalam kesebelasan utama. Saya perlu melihat semula video perlawanan menentang Malaysia dan juga Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum memutuskan perubahan yang perlu dilakukan,” kata Nishino menurut laporan Fox Sport Asia.

“Saya tidak pasti sama ada cuaca sejuk bakal memberikan kesan terhadap pemain. Tetapi mereka sudah biasa beraksi di atas permukaan Stadium My Dinh berbanding di Kuala Lumpur. Pada peringkat ini, saya tidak boleh katakan kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan kerana tiba pada hari Sabtu.

Akira Nishino
Sumber Gambar: Changsuek

Tambah Nishino, beliau lega barisan pemain yang dibawa tidak menghadapi sebarang kecederaan dan perkata itu bakal memberikan kelebihan untuk pasukannya.

“Perkara baiknya adalah pemain saya bebas daripada sebarang kecederaan. Saya tidak merasakan kekalahan terhadap Malaysia tempoh hari memberi kesan mendalam terhadap pemain,” tambahnya.

Ketika Thailand tewas kepada Malaysia, Vietnam turut mencipta kejutan dimana mereka menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan keputusan 1-0.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Thailand Batal Sesi Latihan Pertama, Sewa Padang Latihan Sendiri Menjelang Perlawanan Bertemu Vietnam

Komen Akira Nishino Selepas Malaysia Tumbangkan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Rembatan Padu Mohamadou Sumareh Leburkan Rekod Tanpa Kalah Thailand