Ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand, Akira Nishino merancang untuk memanggil muka baharu bagi menyertai pasukan negara tersebut pada sesi latihan Oktober ini sekaligus menyiapkan pasukan bagi menghadapi saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Langkah yang diambil Nishino ini dilihat sebagai alternatif sekiranya empat pemain yang beraksi di Jepun iaitu Chanathip Songkrasin, Teerasil Dangda, Theerathon Bunmathan dan Kawin Thamsatchanan tidak dapat menyertai sesi latihan pasukan pada bulan hadapan.

Thailand
Sumber Gambar: Teerasil Dangda Fans Club

Sekiranya empat pemain ini mendapat pelepasan dari kelab masing-masing, Nishino tidak mahu membuang masa untuk menunggu kerana empat pemain tersebut harus menjalani kuarantin selama 14 hari ekoran pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Faktor lain yang menyebabkan Nishino mahu memanggil muka baharu adalah kerana beliau percaya pemain yang beraksi dalam saingan Thai League mempunyai potensi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan empat pemain di atas.

Saingan Thai League sudah kembali disambung dan bekas pengendali skuad kebangsaan Jepun serta staf kejurulatihan beliau sedang giat mengahdiri perlawanan bagi mencari pemain yang akan dipanggil kelak.

Baca artikel lain mengenai bola sepak Thailand di sini:

Thai League Terima Teguran, Ada Penyokong Tidak Pakai “Face Mask” Dalam Stadium

Akira Nishino Harapkan Empat Pemain Berpangkalan Di Jepun Bantu Thailand Atasi Malaysia Dan Vietnam

Perlawanan Thai League 1 Disiarkan Secara Langsung Melalui Platform Facebook Dan Youtube Di 15 Negara