Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Akira Nishino mahu semua kelab Thai League memberi kerjasama dengan memberi pelepasan kepada pemain bagi menyertai saingan peringkat kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 serta Piala AFF Suzuki tahun ini.

Gesaan dari Nishino ini bagi memastikan pasukan berada dalam keadaan terbaik kerana beliau mahu pasukan meraih hasil positif pada baki perlawanan kelayakan.

Akira Nishino
Sumber Gambar: Changsuek

“Saya mahu kelab Thai League memberi kerjasama sepenuhnya dan memberi pelepasan kepada pemain. Setelah saingan bola sepak kembali bersambung, kita perlu mempunyai perancangan yang kukuh.

“Thailand perlu mengekalkan kestabilan pasukan dimana kita perlu kembali berlatih bagi menghadapi saingan peringkat kelayakan Piala Dunia 2022 setelah lama berehat.

“Baki tiga perlawanan kelayakan adalah penting untuk kami,” kata Nishino.

Akira Nishino
Sumber Gambar: Changsuek

Dalam carta kumpulan G, Thailand berada di tangga ketiga dibelakang Vietnam dan Malaysia dan masih perlu berdepan tiga pasukan iaitu Indonesia, Malaysia dan UAE.

Bagi saingan Piala AFF Suzuki edisi tahun ini pula, Thailand mungkin tidak dapat menggunakan khidmat pemain bintang yang beraksi di Liga Jepun.

Perkara ini membuatkan Nishino bergantung sepenuhnya terhadap pemain yang beraksi dalam saingan Thai League bagi membawa cabaran pasukan.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Pemain Thailand Di J. League Kongsi Rutin Harian Ketika Tempoh “Lockdown”

Bekas Pemain Thailand, Sarawut Masuk Muncul Kembali, Minta Bantuan FAT Selesaikan Masalah Hutang

Terlilit Utang Karena Judi Bola, Eks Pemain Timnas Thailand Ini Menghilang Dan Dapat Ancaman Pembunuhan